Penjagaan Kemaluan Wanita

Kebersihan Alat Sulit Wanita
Kebersihan Kemaluan Wanita

Kebersihan Kemaluan Wanita

Apakah boleh memulihkan kembali kemaluan wanita yang sudah longgar agar menjadi rapat kembali? Setiap wanita akan melalui proses di mana kemaluan wanita ini menjadi longgar. Semua ini disebabkan oleh penuaan usia serta proses melahirkan anak. Namun terlalu kerap melakukan hubungan seksual juga adalah faktor utama yang membuatkan kemaluan wanita menjadi longgar. Biasanya mereka yang memiliki kemaluan wanita yang longgar cenderung mengalami ghairah seksual yang rendah. Situasi ini boleh membuatkan hubungan seks anda dan suami menjadi kurang harmoni.

Anda yang berdepan dengan masalah ini, jangan susah hati. Kemaluan wanita memiliki sifat elastik, jadi vagina wanita boleh dirapatkan dengan cara-cara yang tertentu. Caranya cukup mudah, tak perlu mengeluarkan banyak wang ataupun melakukan pembedahan untuk merapatkan serta menganjalkan kembali kemaluan wanita yang telah longgar itu.

Selain boleh menggunakan produk herba atau gel vagina untuk mengembalikan otot vagina wanita yang longgar menjadi rapat kembali, anda juga boleh melakukan senaman kagel. Senaman ini dapat membantu memperkuatkan otot-otot vagina. Ia berguna untuk melatih otot dasar ‘pubococcygeus’, yang mana otot-otot yang bergerak adalah organ dalam punggung iaitu rahim, saluran kecing dan usus.

Kekuatan Senaman Kagel

Teknik senaman kagel cukup mudah dilakukan, seperti menahan kecing selama lima saat, kemudian dilepaskan. Terus ulangi senaman tersebut, paling kurang lima kali berturut-turut dengan meningkatkan tempoh masa menahan kencing 15 hingga 20 saat. Senaman ini cukup mudah dan boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja serta memerlukan masa beberapa minit. Boleh dilakukan di kerusi kerja, sambil duduk, sambil berdiri, berbaring, berjalan dan sebagainya. Senaman kagel ini juga bukan setakat membantu memulihkan elastik alat sulit wanita, tetapi juga meningkatkan pengaliran darah ke daerah vagina.

Perkara ini sangat efektif dalam meningkatkan kesuburan wanita, serta mempercepatkan respons terhadap rangsangan seksual. Selain itu, anda juga perlu menjaga kebersihan alat sulit. Perkara ini mempengaruhi kesihatan di sekitar vagina. Malahan, ia menjadi salah satu syarat agar wanita boleh subur.

Penjagaan Kemaluan Wanita

Penjagaan Kemaluan Wanita

Ada beberapa yang perlu dilakukan untuk memelihara kemaluan wanita dan juga organ peranakan:

1. Jaga Kebersihan Diri

Sentiasa menjaga kebersihannya. Usahakan agar sentiasa kering dan tidak lembap. Keadaan yang basah memudahkan jangkitan atau infeksi dari luar.

2. Teknik Membasuh Yang Betul

Cara membasuh yang betul (dengan tuala atau tisu mahu pun air sewaktu membersihkan) adalah dari arah depan ke belakang, agar penyakit yang kemungkinan besar bersarang di dubur tidak terbawa ke wilayah kemaluan dan akan menimbulkan infeksi, keradangan dan rangsangan rasa gatal-gatal.

3. Pakaian Dalam Jenis Cotton

Untuk memudahkan penyerapan getah dan peluh, gunakanlah pakaian dalam yang berbahan ‘cotton’ dan bukan nilon atau bahan sintetis lain yang kecil daya serapnya.

4. Elak Guna Dildo

Jangan menggunakan alat-alat bantuan untuk mastrubasi seperti dildo (batang zakar palsu) yang boleh menyebabkan pecahnya selaput dara dan infeksi atau jangkitan kuman pada kemaluan wanita atau penis lelaki.

5. Berkhatan

Untuk remaja lelaki, bersunat atau berkhatan pada bahagian hujung penis diperlukan untuk menjaga kebersihan alat sulitnya.

6. Cukur Bulu Kemaluan

Mencukur bulu kemaluan wanita secara teratur, kerana rambut kemaluan  juga boleh ditumbuhi sejenis kulat atau kutu sehingga menimbulkan rasa tidak selesa dan gatal.

7. Elak Guna Pembersih Kimia

Jangan menggunakan alat pembersih kimia  tertentu kerana akan merosakkan keasidan kemaluan wanita yang berfungsi membunuh bakteria atau kuman yang masuk. Selain itu, jangan menggunakan deodoran atau semburan. Rangsangan daripada bahan ini boleh menimbulkan keradangan di liang alat sulit dan bibir kemaluan wanita dengan rasa gatal dan keputihan.

Apa Yang perlu Anda Lakukan Ketika Haid:

  • Pada ketika haid, pembuluh darah dalam rahim sangat mudah terkena jangkitan, dan sebab itulah kebersihan kemaluan wanita harus dijaga kerana kuman mudah sekali masuk dan dapat menimbulkan penyakit pada saluran peranakan.
  • Selama haid mungkin timbul rasa ngilu pada pinggang dan punggung, hal ini disebabkan adanya peregangan pada otot rahim.
  • Untuk menjaga kebersihan kemaluan wanita, penggunaan pembalut wanita selama haid harus diganti secara teratur 2-3 kali atau setelah mandi dan membuang air kecil.
  • Jika pemakaian pembalut yang dibuang sebaiknya dibungkus sebelum dibuang ke tempat sampah. Untuk pembalut lainnya (diperbuat daripada kain ) sebaiknya sebelum dicuci terlebih dahulu, direndam memakai sabun pada tempat tertutup.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/