Penyakit Kencing Tikus

Sakit Kencing Tikus
Sakit Kencing Tikus

Sakit Kencing Tikus

Leptospirosis juga dikenali sebagai jangkitan kencing tikus. Walaupun makhluk berbulu tersebut adalah kunci kepada penyebaran penyakit itu, menuding jari kepada tikus sahaja tidak mencukupi kerana terdapat juga pembawa lain seperti binatang ternakan, haiwan liar dan binatang peliharaan.

Daripada kitaran hidup, boleh dilihat bahawa Leptospira merupakan bakteria penyebab jangkitan kencing tikus. Disebabkan bentuk bakteria ini seakan-akan skru gabus, ia digolong bawah kategori spiroket (langsing, berlingkar). Bakteria ini memasuki badan melalui:-

  • Luka dan lelasan kulit
  • Membran mukus yang rosak atau tidak sempurna (pada mulut, hidung dan mata)
  • Kulit terlampau lembap
  • Menghidu titisan air kencing tikus atau melalui minuman yang tercemar

Sejurus selepas memasuki badan, bakteria ini akan merebak ke seluruh badan. Walaupun manusia menjadi hos pembawa bakteria secara tidak sengaja dan jatuh sakit, masalah terbesar ialah pada haiwan-haiwan yang terjangkit. Meskipun haiwan-haiwan ini tidak jatuh sakit, mereka terus menyebarkan bakteria ini kepada haiwan-haiwan lain, seterusnya menjangkitkan manusia yang mandi dalam air tenang yang telah dircemari air kencing tikus. Amalan yang tidak bersih dan juga kawasan-kawasan kotor dan tercemar adalah tempat terbaik untuk pembiakan Leptospira.

Apakah Gejala-Gejala Dan Komplikasi Kencing Tikus?

Kebarangkalian jangkitan kencing tikus adalah tinggi jika pesakit demam atau pernah terdedah, diikuti oleh dua atau lebih gejala-gejala lain seperti berikut:

  • Sakit kepala
  • Sakit atau lenguh pada sendi
  • Sakit atau lenguh pada otot
  • Mata kemerahan
  • Sakit tengkuk, mata sensitif pada lampu
  • Kurang membuang air kecil
  • Kecenderungan pendarahan
  • Kadar jantung tidak menentu, kegagalan jantung
  • Jaundis
  • Ruam kulit
  • Rasa loya, muntah, sakit abdomen dan cirit birit

Walaupun komplikasi jangkitan kencing tikus bukan perkara biasa, ia boleh juga berlaku dalam sesetengah kes. Oleh itu, adalah berbaloi Leptospirosi diberi tumpuan untuk mendapat manfaat daripada kesedaran. Antara komplikasi yang mungkin berlaku adalah pendarahan dalam peparu, meningitis aseptik, kegagalan ginjal akut, miokarditis dan uveitis.

minuman_tin-1

Apakah Langkah Pengurusan Bagi Penyakit Kencing Tikus Ini?

Untuk mengesahkan diagnosis penyakit ini, sampel darah akan diambil untuk diuji. Pengurusan bergantung pada takat dan keterukan penyakit. Untuk kes-kes ringan, pesakit mungkin boleh dirawat sebagai pesakit luar. Antibiotik dan temujanji bagi lawatan seterusnya akan diberikan untuk meninjau simptom dan pengulangan pemeriksaan darah. Perlu diingat bahawa jika keadaan bertambah teruk atau simptom baru timbul, jumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut kerana kemasukan hospital mungkin diperlukan.

Adalah disyorkan bagi kes-kes sederhana dan berat untuk dimasukkan ke hospital untuk pemantauan ketat supaya doktor boleh mengambil tindakan untuk menanangani sebarang komplikasi yang mungkin berlaku. Tambahan lagi, rawatan akan ditukar daripada antibiotik yang diambil melalui mulut kepada rawatan intravena (dimasukkan terus ke dalam salur darah) untuk mempercepatkan pemulihan.

Umumnya, rawatan antibiotik diberikan selama seminggu. Walaupun begitu, ini tidak semestinya bermaksud anda cuma perlu berada di dalam wad selama seminggu sahaja kerana anda akan dibenarkan pulang hanya jika keadaan anda bertambah baik dan tidak mengalami sebarang komplikasi.

Apakah Langkah Pencegahan Bagi Penyakit Jangkitan Kencing Tikus Ini?

Seperti pepatah yang berbunyi, “kebersihan adalah sebahagian daripada iman”, jelas sekali terdapat keutamaan untuk pelaksanaan amalan kebersihan yang baik dan menguatkuasakan pencucian tangan. Kedai-kedai makan terutamanya perlu meningkatkan taraf kebersihan dengan memastikan sampah dibuang dengan cara yang betul ke dalam tong sampah yang bertutup skru untuk menghalang binatang pembangkai daripada memasukinya dan memakan sisa makanan. Peralatan perlindungan seperti sarung tangan getah hendaklah dipakai ketika mengendalikan daging-daging tercemar kerana anda terdedah pada risiko lebih tinggi dijangkiti leptospirosis. Sekiranya pencucian tangan yang kerap kurang ideal, mendapatkan pensanitasi tangan (hand sanitizer) untuk diletakkan pada lokasi-lokasi strategik di tempat kerja juga adalah pilihan alternatif yang sesuai.

Walaupun kerajaan telah mengambil langkah untuk mengatasi leptospirosis, perkara ini hendaklah menjadi usaha sama antara rakyat dan kerajaan untuk benar-benar mengatasi penyakit ini. Kesedaran mengenai penyakit bawaan vektor dan mengambil langkah-langkah perlu seperti yang disenaraikan dalam rencana ini perlu diambil untuk membantu mencapai matlamat ini.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/