Peranan Isteri Solehah

peranan isteri solehah
peranan isteri solehah

peranan isteri solehah

Apa yang dimaksudkan dengan peranan isteri solehah ?

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqomah yang menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah, baitul muslim atau rumah tangga Islam adalah lahir daripada gabungan suami soleh dan peranan isteri solehah. Tanpa wujud kedua-duanya atau salah satunya tidak soleh maka akan berlaku kekurangan dan kepincangan maka tidak mungkin baitul muslim tersebut dapat dibina untuk menjadi rumah tangga bahagia.

Peranan isteri solehah adalah komponen penting untuk membentuk rumah tangga bahagia tetapi sebaliknya jika isteri yang tidak memahami akan tanggungjawabnya sudah pasti akan melahirkan rumahtangga yang kucar-kacir. Kita sedar dan faham terdapat tiga perkara yang membahagiakan iaitu peranan isteri solehah, jiran-tetangga yang baik dan kenderaan yang sempurna.

Peranan isteri solehah adalah penentu buruk baik sebuah masyarakat. Sedangkan masyarakat yang baik lahir dari rumah tangga dan keluarga yang bahagia. Peranan wanita solehah dengan sifat kehalusan yang dianugerahi oleh Allah SWT, sesuai sekali berperanan sebagai pengasuh, pendidik anak-anak, pembimbing dan juga penghibur hati suami. Dari sifat asal dengan kehalusan sifat dan peranan isteri solehah ini jika dididik dan diasuh serta dihalusi hatinya sejak awal-awal maka akan melahirkan kematangan berfikir dan tingkah laku yang mulia sebagai persiapan seorang isteri solehah, sudah pasti berhasil.

Ada yang bertanya, bagaimana saya mahu menjadi wanita atau memainkan peranan isteri solehah. Adakah perlu warak (kuat beribadat), mempunyai ilmu Islam yang tinggi atau pandai menafsir al-Quran?

Jika memiliki kelebihan tersebut adalah bonus, tetapi jika tidak memiliki sepenuhnya masih layak menjadi isteri solehah.

Sebenarnya untuk memainkan peranan isteri solehah bukanlah suatu perkara sukar, dia mesti pandai menghibur dan melayan suami dengan mempersembahkan segala kemesraan, kemanjaan dan cinta sepenuh hati sehingga suami sentiasa rindukan dirinya dan merasai seronok berada disampingnya.

Hanya dengan senyuman yang manis dan menambat hati suami, mereka boleh menduduki carta itu.

Sekiranya peranan isteri solehah dengan memberikan senyuman yang dilakukan dengan ikhlas semata-mata untuk suami lebih baik daripada menggunakan produk alat solek jenama mahal yang berharga ratusan ringgit.

Pandangan yang mesra dan lembut ibarat celak yang paling indah menghiasai sepasang matanya. Kelembutan dan kehalusannya berbicara seperti pakaian yang paling cantik dipakainya.

Pembaca yang dimuliakan, suami mana akan memandang ke belakang apabila isterinya sentiasa harum dan bersih. Malah, aroma itu pasti memikat selera suami untuk sentiasa berada di samping isteri daripada berborak bersama rakan di kedai kopi.

Berapa ramai wanita berjaya memainkan peranan isteri solehah yang memberikan senyuman manis, pandangan yang mesra dan lembut serta wajah yang berseri-seri ketika mengiringi suami keluar rumah atau menyambut kepulangannya di muka pintu.?

Rasululullah SAW pernah bersabda bahawa peranan isteri solehah ialah yang menggembirakan suaminya apabila suami melihat kepadanya.

Sabda Rasulullah SAW. dari Ibnu Abbas r.a maksudnya : “Mahukah aku berikan kepadamu sebaik-baik benda yang disimpan? Iaitu wanita yang soleh. Apabila suaminya melihat kepadanya, gembiralah dia; apabila suaminya perintah akan dia, taatlah ia padanya dan apabila suaminya meninggalkannya, ia akan memelihara nama baik suaminya.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Dari hadis di atas jelaslah kepada kita ukuran seorang isteri solehah yang baik. Ia mampu melayani suami sebaik mungkin dalam segala bidang; ketaatan yang tidak berbelah-bahagi asalkan yang diredai Allah SWT dan boleh mengawal harta benda dan nama baik suaminya ketika tidak ada di rumah.

Bayangkan suami yang pulang dalam keadaan letih kerana beban tugas di pejabat ditambah kesesakan jalan raya, dengan peranan isteri solehah inilah

yang menyambut di muka pintu menguntum senyuman, wajah yang dihiasi cantik, menolong membawa beg, membuka sarung kaki dan menyediakan minuman untuk menghilangkan dahaga.

Memang sukar mencari ciri-ciri peranan wanita solehah sedemikian kerana kebanyakan isteri terutama yang bekerja terlalu terbawa-bawa perangai mereka di pejabat sehingga suami tidak diberi perhatian. Akhirnya, suami jemu dan sengaja balik lewat ke rumah.

Layanan isteri kepada suami tidak perlu kepada unsur kewangan. Sebagai ketua rumah tangga, suami perlu menyediakan keperluan kepada isteri termasuk makan minum, pakaian, perhiasan dan belanja isteri.

Jika perkara ini dilaksanakan, apa alasan isteri untuk tidak memberi layanan kelas satu kepada suami.?

Beruntung isteri solehah yang tahu melayan dan menghiburkan suami kerana selain mendapat kenikmatan, mereka juga mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT.

Bersabda Rasulullah SAW: “Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit daripada golongan kamu yang dapat melakukannya.”(Hadis Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seorang wanita reda atas kehamilannya dari suaminya yang sah, sesungguhnya ia telah mendapat ganjaran pahala seperti ibadah puasa dan mengerjakan ibadah-ibadah lainnya dijalan Allah; dan jika ia merasa berat, letih atau lesu, tidaklah dapat dibayangkan oleh penghuni langit dan bumi, betapa kesenangannya disediakan oleh Allah di hari akhirat nanti. Apabila anaknya lahir, maka dari setiap teguk air susu yang dihisap oleh anak, si ibu mendapat kebajikan pahala. Apabila si ibu berjaga malam (kurang tidur kerana anak) maka si ibu mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba sahaya kerana Allah.” (Hadis Riwayat Ibn Hibban)

Isteri yang sengaja enggan melayan hajat suami di tempat tidur tanpa alasan yang munasabah akan dilaknat malaikat kerana tidak menunaikan tanggungjawab dan memainkan peranan isteri.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Jika seorang suami memanggil isterinya datang ke katilnya (iaitu untuk hubungan kelamin) dan dia menolak, dan menyebabkan suaminya tidur dalam kemarahan, malaikat-malaikat akan mengutuknya hingga waktu pagi.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Menurut satu kajian mendapati suami yang mendapat belaian dan kasih sayang isterinya akan cemerlang di tempat kerja dan masyarakat. Mereka tidak memerlukan apa-apa lagi melainkan isteri di sisi.

Mungkin ramai yang tidak percaya bahawa semangat suami lebih tinggi jika mendapat kasih sayang isteri solehah. Suami manusia biasa, walaupun segagah atau segarang mana mereka, jika dimanja atau dibelai, mereka ibarat harimau jinak.

Justeru, untuk menjadi isteri perlu mempunyai teknik atau kaedah untuk memikat suami, bukan semata-mata wajah yang jelita atau harta yang banyak.

Bayangkan ketika kecil, anak mendapat perhatian dan kemanjaan ibu bapa, tentu anak membesar menjadi manusia yang baik. Tetapi jika tiada kasih sayang ibu bapa, anak pasti membesar sebagai manusia yang tidak terkawal.

Pembaca yang dikasihi, oleh itu, isteri perlu faham, walau setinggi mana pangkat, kedudukan, harta dan darjat mereka, jangan lupa memberi kasih sayang dan kemanjaan kepada suami. Senyuman, kemanjaan, pakaian dan haruman dan ketaatan adalah senjata untuk memikat hati suami dan menjamin kebahagiaan rumah tangga yang sedang dibina.

Walaupun kalian belum sempurna dengan ciri-ciri peranan isteri solehah, anda perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk memenuhi kriteria ini dengan berdoa dan berazam untuk mencapai tahap solehah yang akan meletakkan kalian menjadi perhiasan terbaik di dunia seperti hadis Nabi SAW yang menyatakan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah. Semoga bermanfaat.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/