Percutian Di Legoland Malaysia

Percutian Di Legoland Malaysia
Percutian Di Legoland Malaysia

Percutian Di Legoland Malaysia

Apa yang menarik ada di Taman Tema Legoland Malaysia yang baru dibuka di Nusa Jaya, Johor Bahru?

Adakah ianya sehebat Universal Studio Singapore (USS) ataupun sebaliknya. Kali ini admin ingin kongsikan pengalaman admin bercuti bersama keluarga di Legoland.

Taman Tema Legoland Malaysia yang terletak di daerah Nusa Jaya, Johor Bahru, Johor terbahagi kepada 2 Taman Tema hiburan iaitu Legoland Water Park dan Legoland Theme park. Dua kawasan Taman Tema ini memerlukan dua bayaran tiket yang berasingan mengikut kategori untuk kanak-kanak, orang dewasa atau warga emas dan ianya ada menyediakan harga pakej (Combo) ataupun pas bermusim.

harga tiket Legoland Malaysia

harga tiket Legoland Malaysia

Antara pelbagai mainan yang menarik disediakan di Taman Tema Legoland Malaysia ini antaranya seperti dibawah ini :

Hotel Legoland.

Hotel Legoland Malaysia

Hotel Legoland Malaysia

Hotel Legoland Malaysia ini adalah hotel yang bertaraf lima bintang dan sesuai dengan statusnya harganya agak mahal namun amat berbaloi untuk menginap di sini. Perkhidmatan kakitangannya yang peramah, mesra dan cekap menambahkan keyakinan pelancong untuk kembali menginap di sini.

Taman Tema Air (Legoland Water Park)

Taman Tema Air

Taman Tema Air

Taman Tema Air Legoland Malaysia ini sangat unik dan selesa untuk keluarga datang mandi manda dan beriadah. Ini kerana banyak kemudahan yang disediakan seperti tempat persalinan yang selesa, tandas, kedai membeli barang-barang cenderahati dan juga jika tiada pakaian renang boleh dapatkannya di kedai cenderahati tadi. Elakkan bercuti di Legoland pada waktu musim cuti sekolah ataupun waktu puncak kerana ia kelihatan amat sesak ditambah lagi dengan kehadiran pelancong yang datang dari Singapura.

Taman Tema Hiburan Dan Rekreasi Legoland.

Taman Tema Hiburan Dan Rekreasi

Taman Tema Hiburan Dan Rekreasi

Di sepanjang jalan menuju ke dalam Taman Tema Hiburan Dan Rekreasi Legoland Malaysia ini, ada banyak monumen-monumen penting di dalam negara dibina menggunakan permainan lego. Amat menarik sekali kerana ianya dibina penuh seni, kreativiti dan kelihatan hampir sama dengan bentuk bangunan yang asal.

dapatkan sekarang

Both comments and pings are currently closed.

Comments are closed.

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/