Persediaan Perkahwinan Dalam Islam

persediaan perkahwinan mengikut islam

persediaan perkahwinan mengikut islam

Persediaan perkahwinan penting dilakukan buat bakal pasangan pengantin lelaki dan perempuan agar segala perancangan yang telah dirancang dapat berjalan dengan jayanya. Di bawah ini terdapat 7 perkara utama bermula dari pasangan tersebut memilih jodoh sehinggalah mereka mengadakan majlis kenduri kahwin. Jom kita teruskan pembacaan!

1 – Memilih Jodoh

Islam mengharuskan lelaki dan wanita mencari dan meneliti bakal isterinya serta suami masing-masing seperti yang diterangkan sebelum ini.

2 – Memilih Bakal Isteri

Sunat hukumnya bagi lelaki yang ingin membuat pinangan supaya melihat terlebih dahulu bakal wanita yang akan dipinangnya itu. Islam memberi kebebasan kepada mana-mana lelaki untuk memilih bakal isteri yang sesuai bagi mereka. Untuk membentuk ikatan perkahwinan yang harmoni dan berkat, seseorang itu disarankan supaya mengambil kira panduan yang telah diberikan oleh Nabi S.A.W iaitu mementingkan faktor agama selain daripada keturunan, harta dan kecantikan.

3 – Memilih Bakal Suami

Perempuan juga digalakkan untuk memilih bakal suami yang baik dan mulia. Nabi S.A.W menggalakkan wanita supaya memilih lelaki yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut :

  • Beragama
  • Berakhlak mulia
  • Beradab
  • Mempunyai harta dan keturunan mulia

Di antara tujuan pemilihan calon suami dan isteri ialah untuk memberi kepuasan hati dan keyakinan dalam memilih  dan menentukan pasangan suka  dan duka kelak.  Ini penting sebagai ikhtiar dan permulaan kepada perancangan kehidupan berkeluarga.

4 – Meminang

Meminang ialah lamaran seseorang lelaki terhadap perempuan untuk dijadikan isterinya. Dalam maksud lain meminang ialah suatu proses untuk menyatakan keinginan daripada seorang lelaki kepada seorang wanita yang boleh dikahwini dengan tujuan untuk mengahwininya serta suatu ikatan atau perjanjian untuk melangsungkan perkahwinan.

5 – Mas Kahwin

Setiap akad perkahwinan mestilah mempunyai mas kahwin dalam bentuk benda yang bernilai walaupun kecil atau faedah serta manfaat yang diberikan oleh suami kepada isterinya  kerana akad perkahwinan.

Mas kahwin dibahagikan kepada dua jenis :

1. Mas kahwin yang ditentukan dan disebutkan semasa majlis akad dan dinamakan mahar musamma. Mahar musamma dibahagikan kepada 2 jenis :

  • Mahar musamma al-Mua’jjal – Mas kahwin yang disebut di dalam akad serta dibayar oleh suami secara tunai dengan segera.
  • Mahar musamma al-Muajjal – Mas kahwin yang disebut semasa akad tetapi dibayar secara tangguh dan hutang.

2. Mas kahwin yang tidak ditentukan jumlahnya sewaktu akad dan dinamakan mahar mithil. Mas kahwin jenis ini mestilah dibayar kepada pengantin perempuan mengikut kadar penilaian ahli keluarga dan saudara perempuan isteri.

6 – Hantaran

Hantaran mengikut adat orang melayu ialah barang yang terdiri daripada mas kahwin, persalinan, buah-buahan dan makanan. Hantaran dibawa pada hari berlangsungnya perkahwinan dan akad nikah sama ada bagi pihak pengantin lelaki kepada perempuan dan pengantin perempuan kepada lelaki dalam jumlah ganjil seperti 7,9,11. Membawa hantaran adalah harus dalam syariat Islam selagi benda tersebut bernilai dan membawa faedah serta suci dan tidak ditegah oleh syara’.

7 – Kenduri Kahwin

Kenduri ialah jamuan yang diadakan untuk meraikan perkahwinan sama ada bagi pihak pengantin lelaki atau perempuan. Mengadakan majlis kenduri adalah sunat muakkad hukumnya, iaitu sunat yang sangat dituntut supaya dilaksanakan walaupun secara kecil-kecilan sahaja. Apa yang penting majlis kenduri bukanlah satu cara untuk menunjuk-nunjuk kekayaan dan tidak mencampurkan unsur-unsur maksiat dalam majlis yang berkat itu.

Itulah antara persediaan yang perlu ditempuhi oleh pengantin lelaki dan wanita dalam melangsungkan perkahwinan. Apa yang penting, Islam tidak pernah menyusahkan seseorang dalam satu perkara. Jika tidak mampu untuk berbelanja besar, cukuplah dengan sekadar apa yang ada dan bersederhana dalam perbelanjaan.

Rujukan : Ustaz Abd. Latif Muda & Ustazah Rosmawati Ali. 1997.

persediaan perkahwinan

P/S : Selain menambah kandungan sperma, air mani dan meningkatkan kesuburan, Semenax juga meningkatkan fungsi organ seks lelaki disamping meningkatkan keinginan seks lelaki. Ramai lelaki juga memberitahu kami bahawa ereksi mereka lebih kuat dan teguh selepas mengamalkan Semenax. KLIK SINI

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/