Petua Anak Dengar Kata

Petua Anak Dengar Kata
Petua Anak Dengar Kata

Petua Anak Dengar Kata

Cabaran bagi ibu bapa muda menjaga anak apabila anak sudah masuk usia 2-3 tahun dan tak suka dengar kata memang mempengaruhi tahap kesabaran seseorang itu. Perkara ini adalah normal bagi anak yang cepat membesar dengan dunianya dan suka bermain tanpa mempedulikan orang lain termasuk tak dengar kata bila orang tua menasihati dan berleter.

Kebiasaannya budak apabila kita marah makin dibuat perkara apa yang kita tak suka. Sebab itu ilmu psikologi amat penting di dalam memujuk dan menasihati anak kita untuk dengar kata. Begitu juga bagi ibu bapa yang mempunyai anak kerap tantrum yang kerap menangis atau merengek bila mereka inginkan sesuatu. Kesabaran adalah kunci kepada kejayaan ibu bapa dalam mendidik anak-anak.

Kali nie admin PB nak kongsi satu petua yang diamalkan dalam rumahtangga admin supaya anak-anak dengar kata. Hmm… setakat nie syukur Alhamdulillah lah, anak-anak memang selalu dengar cakap pun. Tapi mungkin sebab diaorang masih kecil lagi, bila dah besar panjang nanti tak tau la pulak… hehe… Moga-moga  amalan hormat dan dengar kata mak bapak nie berkekalan lah ye… Aamiin…

Petua Supaya Anak Dengar Kata

Kat rumah kan selalunya disediakan air dalam botol atau jag buat habuan sesapa yang kehausan. Sesetengah orang akan simpan sampai 4-5 botol air dalam peti ais pada satu-satu masa. Ada pula yang sekadar sediakan air dalam  jag yang diletakkan di dapur atau dalam bilik.

So, bagi ibubapa yang berhasrat supaya anak-anaknya lebih lembut hati dan dengar kata, cuba amalkan mengisi botol atau jag-jag tu dengan air bacaan surah Yassin yang dibaca sendiri oleh kedua ibu bapa. Itulah petuanya.

Sebaik-baiknya bekas berisi air Yassin tu jangan pula ditinggalkan kering. Agak-agak nak habis jer terus ‘top-up’. Hmm… hendak tak hendak maka kenalah baca Yassin tu setiap hari… alah bukannya susah pun, paling lama pun 30 minit jer. Tapi hasilnya In shaa Allah… memang betul-betul power!

P/s:  Bak kata pepatah “ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi”.  So, bagi sesiapa yang masa kecik-kecik dulu memang suka melawan cakap orang tua dan tak suka dengar kata… bila dia sendiri dah ada anak, orang tua-tua kata anak tu nanti akan terikut-ikut pula perangai ‘lama’ tu… aduhai… mintak dijauhkan la semua ni.. hehe

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/