Petua Atasi Berak Sembelit

Berak Sembelit
Berak Sembelit

Berak Sembelit

Berak sembelit ialah satu keadaan di mana kita sukar untuk berak atau sangat jarang terasa untuk membuang air besar. Berak sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit. Akan tetapi, sesiapa yang sering terkena gejala berak sembelit perlulah berhati-hati kerana berak sembelit yang berpanjangan dan serius mungkin boleh menyebabkan buasir yang disebabkan oleh tindakan menahan untuk membuang air besar.

Bagi orang yang mempunyai kesihatan yang normal, sepatutnya boleh membuang air besar sekurang-kurangnya sekali setiap hari.  Tapi kalau dah sampai tiga hari tak mem’buang’ maknanya dah kena jaga-jaga. Masuk hari kelima maknanya something wrong somewhere lah tu.. Maknanya mungkin kita dah kena gejala berak sembelit.

Sebab-sebab biasa berlakunya gejala berak sembelit ialah:

•   Kurang serat dalam diet.
•   Kurang aktiviti fizikal terutamanya di kalangan warga tua.
•   Pengambilan ubat-ubatan.
•   Susu, kalau terlalu banyak sangat minum.
•   Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung, penuaan dan pengembaraan.
•   Penyalahgunaan julap. Selalu sangat makan julap, akhirnya kalau tak makan julap tak leh nak buang air besar.
•   Kebiasaan menahan untuk membuang air besar.
•   Kekurangan air. Tahi keras.. tersekat!
•   Penyakit atau keadaan tertentu seperti strok.
•   Masalah dengan kolon dan rektum.
•   Masalah dengan fungsi usus i.e. sembelit kronik yang berlaku secara tiba-tiba dan tanpa sebab.

Setiap orang pernah mengalami masalah berak sembelit dalam kehidupan mereka dan selalunya berak sembelit berpunca daripada pemakanan yang kurang baik.

Jadi, apabila dah tahu punca-puncanya, maka eloklah kita amalkan beberapa tips mudah untuk mencegahnya seperti:

• Makan pelbagai jenis makanan yang banyak serat seperti kekacang, bijirin, buah dan sayur-sayuran segar.
• Amalkan minum banyak air.
• Elak tabiat menahan untuk membuang air besar

Bagi mereka yang ada masalah berak sembelit atau susah nak buang air besar elok cuba petua ni.

Petua Mudah Buang Air Besar

Cari beberapa biji pisang abu. Bakar pisang tu dengan kulit-kulitnya sekali dengan api yang kecil. Bakar hingga ia masak dan nampak kehitaman kulitnya. Bila dah agak suam sikit, buka kulitnya dan makan pisang yang telah dibakar tu.

Amalkan makan pisang bakar itu ketika masih suam setiap hari. Ia dikatakan dapat membantu sistem pelawasan badan dan memudahkan untuk membuang air besar.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/