Petua Atasi Kulit Bersisik

Kulit Bersisik
Kulit Bersisik

Kulit Bersisik

Ada sesetengah orang yang mengalami masalah kulit bersisik dan kasar. Mungkin selama nie dah bermacam ubat yang disapu tetapi masalah kulit bersisik yang kasar tu tetap tak mau hilang. Ada yang mementingkan penampilan diri bila berhadapan dengan orang ramai dan masalah kulit bersisik ini akan menghilangkan tahap keyakinan seseorang itu untuk berhadapan dengan orang ramai.

Ada banyak faktor yang menjadi punca masalah kulit bersisik ini antaranya ialah sel-sel kulit mati akibat kurangnya penjagaan, sunburn, dan juga kurang minum air masak yang menjadikan badan dehidrasi sekaligus menyebabkan masalah kulit bersisik ini. Kalau ada yang mengalami masalah sedemikian apa kata anda cuba pula petua orang lama nie iaitu dengan amalan mandi air bercampur cuka.

Namun jangan risau dan bimbang jika anda menghadapi masalah kulit bersisik ini kerana setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Terpulang sama anda mahu lakukannya secara tradisional atau pun melalui rawatan moden yang memerlukan anda berjumpa dengan pakar Dermatologi yang pastinya perbelanjaannya agak mahal sedikit.

Bagi sesiapa yang mempunyai masalah kulit bersisik mungkin ada masalah dari segi wang ringgit untuk mendapatkan rawatan moden dari pakar Dermatologi, anda boleh mencuba petua atasi atau rawat masalah kulit bersisik ini seperti di bawah. Hanya menggunakan cuka yang dicampur dengan air mandian sahaja. In shaa Allah ianya akan membantu anda.

Petua Merawat Masalah Kulit Bersisik

Caranya ialah dengan campurkan sedikit cuka makan ke dalam air mandian. Eloknya asingkan dahulu air yang nak digunakan untuk mandi tu di dalam baldi berasingan. Kalau dicampur terus ke dalam kolah mandi yang kat rumah tu, takut-takut orang lain pun turut mandi guna air cuka sama hehe…

Okey.. lepas dicampur cuka tu kacau sedikit agar sebati dan siramlah badan terutama bahagian-bahagian kulit yang bersisik tu dengan air mandian cuka tu. Jangan digunakan sabun sewaktu amalkan petua nie. Cuba amalkan sekerap yang boleh, setiap kali anda mandi pada sebelah pagi dan petang sehingga mendapat hasilnya.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/