Petua Bahagia Rumah Tangga

lovehusbandwife

lovehusbandwife

Kebahagiaan hidup berumah tangga adalah impian bagi setiap pasangan suami isteri yang baru berkahwin. Namun begitu, dalam menikmati kemanisan hidup bersama sudah pasti ada cabaran dan rintangan yang terpaksa ditempuhi. Lebih-lebih lagi dengan perubahan cara hidup masa kini, masing-masing sibuk keluar mencari rezeki boleh menyebabkan masa bersama menjadi singkat dan suntuk.

Di bawah ini ada 7 petua yang boleh dijadikan panduan atau rujukan buat pasangan suami isteri dalam membantu meningkatkan kualiti kebahagiaan hidup berumahtangga.

1. Bergurau-senda boleh menghilang stres

Luangkan masa yang ada bersama untuk ambil hati isteri dengan bercerita atau bergurau-senda. Aktiviti seperti ini mampu mengubat lelah hatinya dan sekaligus dapat mengeratkan kembali ikatan perkahwinan anda. Isteri anda pasti akan berasa dirinya dihargai setelah penat melakukan tugasan rumah atau pulang dari berkerja.

2. Berbual mesra di dalam kenderaan

Kebanyakkan suami hari ini lebih suka mendiamkan diri dan kurang memanfaatkan masa dalam kenderaan bila berduan dengan isteri. Gunakanlah ruang tersebut dengan berbual atau berlawak jenaka yang boleh mencetuskan rasa kebahagiaan di sepanjang pemanduan. Tidakkah tindakan ini merugikan?

3. Belajar untuk jadi lebih prihatin

Suami yang bertanggungjawab adalah suami yang prihatin terhadap keperluan dan kemahuan isteri serta anak-anak. Cubalah latih diri anda menjadi seorang bapa yang sentiasa peka dengan emosi dan situasi mereka.

4. Menghadkan perasaan cemburu

Perasaan cemburu perlu ada bagi setiap suami isteri yang berkahwin kerana ia boleh memupuk kasih sayang dan rasa diri pasangan dihargai. Namun begitu, sikap cemburu ini haruslah dikawal agar tidak menjadi keterlaluan yang mana boleh mengundang masalah dikemudian hari.

5. Menyelesaikan masalah dengan berhemah

Ketika dalam keadaan marah, syaitan mudah menyelinap masuk ke dalam akal fikiran menyebabkan seseorang itu betindak secara tidak waras. Bagi yang beragama Islam cubalah anda beristighfar dan mengambil wuduk agar perasaan dan emosi kembali tenang. Janganlah menghamburkan kata-kata kesat kepada isteri sebaliknya cubalah anda bersemuka dan berbincang dengan secara baik. Ambillah sedikit masa bagi meredakan perasaan marah tersebut agar fikiran anda kembali waras dan bertindak rasional.

6. Menjadi seorang pemaaf

Cara yang terbaik yang boleh dilakukan oleh suami ialah dengan memaafkan kesalahan sambil mencium dahi isteri sebelum masuk tidur. Sesungguhnya kemaafan itu lahir dari hati yang menyerah, tenang dan menang dalam setiap tindakan. Memohon maaf tidak bererti kalah. Isteri pasti senyum. Tambahan lagi, tiada gunanya menyimpan perasaan dendam atau makan hati kerana ia boleh menjejaskan perhubungan suami isteri.

7. Berazam berubah menjadi lebih baik

Tingkah-laku manusia sentiasa berubah pada setiap masa. Bukanlah menjadi alasan sekiranya anda mengatakan sangat sukar untuk berubah ke arah yang lebih positif. Sekiranya anda yang berubah terlebih dahulu, nescaya isteri akan terdorong untuk berubah maka tidak mustahil anak-anak juga akan turut sama menjejaki langkah kedua ibu bapa mereka.

Akhir kata, hargailah isterimu sebagaimana anda menghargai ibu anda, sebab isterimu juga seorang ibu dari anak-anakmu. Sesungguhnya, jantung rumah adalah seorang isteri. Jika hati isterimu tidak bahagia maka seisi rumah akan tampak seperti neraka (tidak ada canda ketawa, manja, perhatian). Maka sayangilah isterimu agar dia bahagia dan kamu akan merasa seperti di syurga.

Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Wallahu Akbar.

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/