Petua Baiki Sinki Tersumbat

Petua Baiki Sinki Tersumbat
Petua Baiki Sinki Tersumbat

Petua Baiki Sinki Tersumbat

Sinki tersumbat pastinya membuatkan suri rumah gelisah kerana terpaksa menunda kerja rumah yang lain. Ini kerana untuk memasak memerlukan penggunaan sinki sepenuhnya untuk memudahkan kerja membasuh pinggan kotor dan juga memasak nasi membasuh dan membersihkan sayur dan juga ikan atau ayam yang hendak dimasak. Bila berlakunya masalah sinki tersumbat terpaksa memanggil tukang paip atau plumber untuk memperbaikinya.

Sekali-sekala suri rumah pasti akan merasai pengalaman mengalami sinki tersumbat. Maklumlah segala sisa-sisa makanan tu sedikit sebanyak akan tercurah ke dalam sinki ketika membasuh. Sisa-sisa tersebut yang terkumpul lama-kelamaan menyebabkan saluran sinki tersumbat. Perasaan suri rumah? Of course lah geram. Pinggan mangkuk berhimpun tak berbasuh. Nak dibasuh, airnya pula tersekat. So, siapa kata kerja di rumah tak stress.. hihi…

Itu perasaan suri rumah. Bayangkan pulak perasaan sinki tu. Alah, kita yang manusia ni kalau hidung tersumbat sikit jer pun dah rasa tak selesa, apatah lagi si sinki tu. Manusia kalau hidung tersumbat boleh bernyawa ikut mulut. Tapi cik sinki, itulah sesatunya lobang hidung dan itu jugalah saluran mulut.

Alamak..! Ni lah bahana kalu dok sengsorang kat rumah ni hehe.. Dengan sinki pun admin PB boleh bahasakan sebagai cik/encik. Need to do something with my ‘weird’ mind.. hehe

Okey, berbalik kepada masa’elah sinki tersumbat ni. Penyelesaiannya mudah jer, buang huruf  E dan gantikan dengan huruf A. Tukarkan perasaan “geram” kita tu dengan “garam”. Hmm.. senang nak ingat bukan..!?

Petua orang lama ialah dengan menggunakan GARAM.  Tak tahulah samada korang pernah terbaca di memana sebelum ni, tapi admin PB dapat tahu daripada pembacaan bahawa garam kasar mampu berfungsi sebagai bahan pelarut untuk melarutkan segala sisa kotoran yang menyekat saluran sinki. Info ni pun admin dah kaji-kaji selepas dapat petua ni daripada orang tua. So, admin pun cuba-cubalah cari apa sebabnya orang tua-tua dulu pesan suruh guna garam (instead of bedak ke ataupun pasir ke ataupun apa-apa benda lain yang dirasakan sesuai), dan dapatlah info berkenaan.

Kaedahnya pula -taburkan aja garam kasar secukup rasa ke dalam saluran sinki tersumbat tu. Kendian curahkan perlahan-lahan air panas.  Sisa kotoran yang melekat akan larut dan sinki akan lancar semula.

Nota: Sambil mencurahkan air panas tu, korang boleh lah nyanyikan apa-apa lagu yang sesuai dengan suara masing-masing. Curah ikut rentak lagu. Cau cin cau…!

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/