Petua Buang Bulu Roma

Petua Buang Bulu Roma

Petua untuk hilangkan bulu roma nie bukanlah untuk menggalakkan mereka yang bulunya tumbuh normal membuang bulu roma kat badan. Tak baik kalau kita pepandai mengubah kejadian azali. Bulu roma yang tumbuh normal di badan tu besar manfaatnya. Petua nie bertujuan untuk membantu mereka yang menghadapi masalah bulu roma yang terlalu lebat. Lebatnya pula bukan main, terutama di bahagian lengan dan belakang badan. Lebat ‘tak ingat’ kata orang.. hehe…

Bagi yang bermulut “laser”, siap kutuk lagi kata orang tu “big foot”… cisss…! tak sayang mulut sungguh.. tak baik tau mengutuk kejadian Tuhan lagi pun orang yang mempunyai bulu roma yang banyak dan lebat adalah seorang yang subur dan ramai anak kalau berkahwin..

Bagi yang mengalami masalah bulu roma lebat nie mungkin rasa risau dan tak selesa lebih-lebih lagi bagi kaum wanita. Kekadang tu sampaikan ada yang terlalu malu dengan masalah bulu yang lebat nie sampaikan ada yang hilang keyakinan diri. Apa sekalipun jangan dicukur bulu roma tu… kata orang kalau selalu dicukur, makin lama semakin lebat tumbuhnya. Malahan bulu roma tu akan nampak lebih kasar.

Petua Buang Bulu Roma Secara Semulajadi

Orang tua-tua dulu ada tinggalkan petua untuk atasi masalah bulu roma yang terlalu lebat. Admin PB tak pasti ler pulak samada kalau guna petua nie, bulu roma tu akan tumbuh balik. Kemungkinan besar admin rasa ia akan tumbuh semula, tapi ia tumbuh seperti biasa ler.. takde lah kesan seperti bercukur.

Kalau cukur ‘confirmed’ bulu tu akan tumbuh lebih lebat dan kasar. Kaedah tradisional untuk hilangkan bulu roma ialah dengan menyediakan air limau nipis (2 sudu besar) dan sedikit gula pasir. Campurkan kedua-dua bahan tu dan kacau hingga sebati. Lepas tu sapu ramuan tu pada tempat yang ditumbuhi bulu roma yang lebat.

Biarkan ia kering dengan sendiri. Selepas setengah jam barulah dibersihkan dengan air biasa. Dikatakan sesiapa yang mengamalkan cara nie dua kali sehari, In shaa Allah dalam tempoh tak sampai seminggu akan mendapati bulu roma pada tempat yang disapu ramuan tu akan gugur dengan sendirinya.

sekitarkita

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/