Petua Buka Penutup Botol

Petua Buka Penutup Botol

Haha.. mungkin ada yang pelik ngan petua buka penutup botol dengan mudah nie kan… Mungkin ada yang berkata apa faedahnya petua nak bukak penutup botol nie.. Takkan ler nak bukak penutup botol pun nak kena pakai petua..??

Haa.. sebelum korang membebel lagi panjang ada baiknya korang kenang-kenangkan kembali mungkin ada masa-masanya sesetengah dari kita yang menghadapi masalah nak buka botol contohnya botol sos, balang jem sapu roti dan sebagainya. Bagi orang lelaki yang badan sasa-sasa tu mungkin takde masalah ler nak bukak penutup botol dengan mudah dengan sekali pulas jek.. tapi bagi kaum Hawa yang lemah-gemalai mungkin sekali-sekala berhadapan ngan masalah nak bukak penutup  botol nie.. Sebab penutup botol tu ketat sangat..!

Okey, lepas nie bagi sesiapa yang ada masalah nak buka penutup botol nie, lepas toleh kiri toleh kanan tapi nampak macam takde ‘orang gagah’ yang boleh membantu, cuba guna teknik nie untuk buka penutup botol dengan mudah.

Petua bukak penutup botol nie khas hanya untuk botol kaca jer… penutup botol plastik tak boleh okay..

Petua Membuka Penutup Botol Dengan Mudah

Ada dua teknik yang boleh anda pilih dibawah ini :

Kaedah pertama ialah dengan merendamkan bahagian bukaan atau mulut botol dalam air panas selama 2-3 minit. Lepas tu cuba buka. Biasanya lepas direndam penutup botol dah tak ketat lagi.

ATAU

Layur bahagian penutup botol tu dengan api. Seeloknya pakai lilin atau guna pemetik api ataupun guna jer dapur gas dengan api sederhana. Apa-apa pun be extra careful lah ya.. Setelah dilayur atau dilayangkan pada api untuk seketika, kendian cuba buka penutup botol tu. Eloknya guna kain sebagai pelapik takut-takut melecur lak tangan. Okey.. selamat mencuba!

P/s: Err.. waktu nak buka botol jangan lupa untuk pusing ke kiri. Pusing kiri untuk buka. Pusing kanan untuk tutup.

Admin pun selalu gak terlupa sebelah mana nak pusing… Kekadang sampai naik biru muka tapi masih tak leh nak bukak sebab tersalah pusing sebelah kanan.. hehe..

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/