Petua Cerahkan Buku Lali

Petua Mencerahkan Buku Lali Dan Siku
Petua Mencerahkan Buku Lali Dan Siku

Petua Mencerahkan Buku Lali Dan Siku

Petua ‘mencerahkan’ bahagian buku lali dan siku yang admin PB nak kongsikan kali nie boleh dimanfaatkan untuk mengatasi dua masalah yang bagi mereka-mereka yang jenis tak prihatin pada penampilan diri buat-buat macam tadak masalah. Banyak lagi masalah dunia yang nak kena fikir.. hehe…

Tapi, bayangkan akan 2 situasi berikut:-

1.   Pakai kemeja lengan pendek berjenama dan harganya fuhh… tahap boleh beli 10-15 helai kemeja yang biasa-biasa. Tengok pada wajah si pemakai, hmm… kacak. Tapi bila pandang dari belakang, kat bahagian siku… mak aii.. berdaki… ishh.. itu bukan sebab berdaki sebenarnya tapi kulit kat bahagian siku tu jenis kasar dan kehitaman. Hmm.. potong 2 markah.. hihi…

2.   Pakai kasut Cinderella bertatahkan intan berlian. Harganya memang mahal tak ingat, hampir sama mahal dengan harga smartphone.. hehe… Tapi tengok-tengok tumit tu berdaki… aduhai…

Buku lali atau siku yang hitam dan kasar pasti akan menjejaskan penampilan seseorang, apatah lagi yang menaruh impian nak menjadi ‘model’.

Dikatakan bahawa warna gelap pada tumit dan siku tu berpunca daripada hiper-pigmentasi kulit. Ia juga akan menyebabkan kulit pada bahagian tersebut jika dibiarkan lama-kelamaan akan menjadi kasar. Pada masa yang sama, faktor keturunan juga mungkin menjadi penyebab mengapa sesetengah orang mempunyai siku atau tumit yang kelihatan hitam.

c54052c321c0a34f89e5533bb97b206d

Namun, tidak salah rasanya jika ingin mencuba mengatasinya dengan petua yang diwariskan oleh orang tua-tua nie. Cuba dahulu, siapa tahu menjadi…

Petua Atasi Buku Lali dan Siku Hitam

Petua yang pertama ialah menggunakan limau nipis atau lemon. Potong limau kepada dua bahagian dan gosokkan pada buku lali selama beberapa minit sewaktu tengah menonton drama dan sebagainya.

Biarkan air limau tu kering dengan sendiri pada buku lali yang digosok. Lepas  dirasakan dah betul-betul kering, barulah dibilas dengan air suam. Eloknya diamalkan setiap hari.

15710148832_6cc6ae1427_b

Petua Mencerahkan Siku Dan Buku Lali

Sediakan satu cawan susu, tepung gandum 2-3 sudu besar dan satu sudu kecil serbuk kunyit.

Campurkan kesemua bahan tu dalam satu mangkuk bersih dan gaul sehingga rata. Kendian sapu adunan tu pada bahagian siku atau buku lali atau kedua-duanya sekali dan biarkan selama lebih kurang 30 minit.

Selepas 30 minit,barulah digosok bahagian tersebut perlahan-lahan dengan menggunakan air suam untuk membersihkan atau dalam erti kata lain menghilangkan bahan atau adunan yang disapu tadi. Dikatakan juga kalau nak dapat hasil yang tip-top kenalah juga amalkan petua nie setiap hari…

karcia-caroline-model-woman

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/