Petua Elak Menguap

Petua Elak Menguap
Petua Elak Menguap

Petua Elak Menguap

Dalam sehari berapa kali korang menguap? Biasanya kita menguap kerana tak cukup tidur. Admin lak biasanya menguap time lepas makan waktu tengahari. Hmm… tapi tak tentu gak.. sebab kalau diikutkan menguap nie sebenarnya boleh berlaku tak tentu masa, betol tak.. Kekadang tengah elok-elok berbual ngan kawan pun boleh menguap.. siap mengalir air mata lagi..hehe.. so, kena baik punya control lah takut member tuh kecil hati lak sebab fikir mungkin perbualan tuh membosankan..

Korang tahu tak bahawa tabiat nie boleh berjangkit?  Sorang kawan admin pernah cerita bahawa dia pernah tengok program tv pasal orang Jepun buat kajian untuk membuktikan bahawa tabiat ni boleh berjangkit. Katanya, mula-mula diorang test kat sekumpulan bayi, pastu test kat wanita muda, kumpulan remaja dan juga orang tua.

Ajaibnya… Lepas tengok klip video tu, lama-lama orang yg tengok tu pun menguap juga.  Masa test kat baby lagi best.. sorang menguap pas tu kesemua yang lain ikut gak.

1422766628256

Secara saintifiknya, seseorang itu menguap kerana tubuhnya kekurangan oksigen. Oleh itu mulut kita ‘menguap’ secara sendirinya dengan dibuka luas-luas bagi mendapatkan tambahan oksigen.

Sebab musabab ianya boleh ‘berjangkit’ tuh belum ada yang dapat memberikan jawapan. Apapun, yang pasti tabiat nie kalau silap gaya boleh mencacatkan penampilan betul tak..

yawn-1

Petua Elak Menguap

Untuk mengurangkan atau elak daripada tabiat nie, cuba longgarkan kolar baju atau ikatan tali pinggang apabila kita duduk untuk tempoh lama antara satu atau dua jam.  Selain tuh, pernafasan yang kurang teratur juga akan menyebabkan menguap. So, kena pastikan biar pernafasan kita selalu jer lancar. Selain itu pastikan anda mendapat waktu tidur yang cukup dan sempurna untuk mengelakkan rasa ngantuk datang lebih-lebih lagi ketika melakukan kerja di pejabat dibimbangi boleh menjejaskan prestasi kerja anda.

Hilangkan rasa mengantuk dengan pergi ke bilik air basuh muka dan jika masih mengantuk lagi pergi ke kafeteria atau pantry bancuh air kopi atau nescafe panas. Mungkin itu cara yang terbaik untuk hilangkan rasa mengantuk yang melanda diri anda lebih-lebih lagi bila bekerja di dalam tempat yang berhawa dingin.

Yang paling penting sekali, bila nampak jer orang lain macam nak menguap jer.. cepat-cepat lah tengok kat tempat lain dan cuba tarik nafas dalam-dalam melalui hidung.  Moga berjaya.. Huaaah… hehe..

Petua Elak Menguap

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/