Petua Hidup Tenang

hidup tenang
hidup tenang

hidup tenang

Apa itu Hidup Tenang ?

Hidup tenang adalah satu impian manusia untuk hidup bahagia disamping keluarga tanpa ada gangguan fizikal, mental dan rohaniah. Sudah menjadi lumrah kehidupan manusia memang tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan baik sekecil-kecil kesilapan ataupun sebesar-besar kesilapan. Kesilapan inilah yang selalunya akan menghantui diri manusia itu untuk hidup tenang. Biasanya kesilapan masa lampau atau sejarah hitam yang selalu menghantuinya.

Oleh itu artikel kali ini admin ingin kongsikan 10 Petua Hidup Tenang yang boleh dijadikan panduan kepada pembaca-pembaca yang budiman sekalian.

1. Jangan Mudah Putus Asa

Berputus asa daripada berusaha untuk menyelesaikan masalah adalah salah satu faktor penghalang untuk anda hidup tenang. Ketahui dan fahamilah bahawa hidup ini diibaratkan seperti sekolah dan kita harus terus belajar dan terus belajar kerana Ilmu itu tiada penghujungnya dan kita disarankan untuk menuntut Ilmu hingga ke akhir hayat. Dengan Ilmu yang cukup dan tidak mudah berputus asa ia akan membantu kita untuk hidup tenang dengan izin Allah.

2. Percaya Pada Diri Sendiri

Keyakinan dan percaya pada diri sendiri di dalam membuat keputusan sememangnya diperlukan untuk hidup tenang. Ini kerana tiada siapa yang boleh menggembirakan kita selain dari diri kita sendiri dan keluarga yang rapat.

3. Hidup Berkasih Sayang

Semai dan sebarkan hidup berkasih sayang, sesungguhnya hidup ini amat singkat dan barang siapa yang hidup berkasih sayang sesama makhluk dia akan dikasihi dan disayangi oleh makhluk yang lain. Hidup tenang dengan nilai berkasih sayang amat dituntut di dalam ajaran Islam.

4. Bersyukur Dengan Apa Yang Ada

Kunci untuk hidup tenang, banyak atau sikit rezeki yang kita terima setelah berusaha janganlah kita kufur akan nikmat-Nya. Jadilah orang yang selalu bersyukur dengan apa yang ada. Berdamailah dengan diri atas kurniaan-Nya serta muhasabah diri mengenangkan masih ramai lagi insan di luar sana yang hidup dalam serba kekurangan.

5. Jangan Buat Perbandingan

Untuk hidup tenang jangan sesekali cuba membandingkan hidup kita dengan hidup orang lain.Kita mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan susah senang kehidupan mereka. Setiap manusia dugaan dan cabarannya berlainan dan tidak sama oleh itu hendaklah kita sentiasa bersikap berlapang dada.

6. Berfikiran Positif

Sentiasa berfikiran positif dan bersangka baik dalam menghadapi apa jua masalah di luar kawal. Jangan sesekali berfikiran negatif dan membuat tanggapan yang buruk sangka terhadap orang lain. Sebaliknya, tumpukan pada apa yang kita ada. Tenaga, masa dan wang kita, fokus terhadap benda positif yang mampu kita buat pada masa ini untuk hidup tenang.

7. Ikut Pada Kemampuan Diri

Jangan cuba uji kemampuan diri sendiri dengan melakukan kerja sehingga memudaratkan kesihatan diri sendiri. Buatlah secukup yang anda mampu dan jangan terlalu obses. Bila sudah jatuh sakit ia akan jadi batu penghalang untuk anda hidup tenang.

8. Kawal Emosi

Emosi memainkan peranan yang penting untuk anda hidup bahagia. Usah dilayan orang yang melakukan provokasi dan memerli anda di tempat kerja. Balas segala provokasi itu tadi dengan senyuman yang paling manis pernah anda ukirkan kepada mereka.

9. Abaikan Isu Politik Dan Gosip Liar

Isu politik semasa dan gosip liar amat memeningkan kepala dan tiada manfaat. Untuk hidup tenang, jangan bazirkan tenaga dan masa anda terhadap isu politik dan gosip liar yang keterlaluan. Ia bukan bermaksud anda tidak mengambil tahu langsung hal semasa di dalam dan luar negara cuma cukup anda membacanya sebagai ilmu pengetahuan.

1o. Jangan Iri Hati

Perasaan iri hati atau hasad dengki adalah penyakit hati yang merbahaya. Oleh itu, elakkan perasaan iri hati bersarang di dalam diri kita. Sentiasa tanamkan sikap bahawa kejayaan, rezeki, dan kekayaan orang lain adalah hak mutlak atas usaha mereka sendiri.

hidup tenang

hidup tenang

Sebagai seorang Muslim, 10 petua hidup tenang di atas hanyalah berlandaskan fakta sahaja namun sehebat mana pun masalah yang kita hadapi cara yang paling berkesan untuk hidup tenang dengan cara mengambil wudhuk, mengaji Al Quran, berzikir dan solat 5 waktu besertakan doa meminta kepada Allah SWT agar hidup kita ini dipermudahkan dan dijauhkan dari segala azab, seksa, malapetaka dan bala bencana.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/