Petua Jadi Ibu Bapa Terbaik

petua jadi ibu bapa terbaik

petua jadi ibu bapa terbaik

Ibu bapa merupakan ‘role model’ dan contoh yang terbaik buat anak-anak menjadi ikutan dalam mempertingkatkan potensi dan seterusnya menempatkan diri mereka dikalangan winners. Bak kata pepatah melayu, bapak borek anak rintik. Jadi segala apa bentuk sifat, perlakuan dan perbuatan yang ditonjolkan oleh ibu bapa pasti dipandang dan menjadi ikutan oleh anak-anak kelak. Oleh itu, bagi mempertingkatkan nilai diri kita sebagai ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak, di sini admin ada senaraikan beberapa petua yang boleh anda amalkan di rumah. Mudah-mudahan petua di bawah ini dapat memberi manfaat buat anda dalam membesarkan dan mendidik anak-anak pada zaman yang mencabar ini.

Petua Jadi Ibu Bapa Terbaik

1. Sebelum anak anda dilahirkan sudah pasti anda sudah terbayang untuk menamakannya. Jadi berikanlah nama panggilan yang baik dan sesuai untuknya agar bila dia sudah besar nanti dia tidak akan berasa malu dan rendah diri. Islam sendiri menganjurkan umatnya memberikan nama kepada anak-anak dengan nama panggilan yang baik dan bermakna.

2. Belai dan peluk anak-anak anda setiap hari. Berdasarkan satu kajian mendapati bahawa anak-anak yang sentiasa dipeluk dan didakap oleh ibu bapanya akan memiliki IQ yang lebih kuat berbanding dengan anak-anak yang jarang dipeluk.

3. Anak-anak akan menjadi individu yang berkeyakinan tinggi apabila anda sentiasa memandang mereka dengan pandangan yang penuh dengan sentuhan kasih dan sayang.

4. Apabila anda melihat anak-anak berbuat baik, berikanlah peneguhan seperti pelukan, ciuman, pujian, hadiah atau pun sekurang-kurangnya sekuntum senyuman buatnya. Tindakan seperti ini sebenarnya adalah motivasi yang sangat baik untuk mereka terus melakukan kebaikan.

5. Anak-anak kecil (belum matang) yang baru nak membesar biasanya akan membuat beberapa siri kesilapan dan kesalahan. Jangan mengharapkan mereka hanya selalu berbuat baik secara berterusan. Berikan mereka ruang masa untuk proses belajar dari setiap kesilapan dan lambat-laun nanti seiring dengan perkembangan mereka akan tahu untuk menilai yang mana satu perbuatan baik dan buruk.

6. Utamakanlah keluarga biarpun anda sedang dibebani dengan masalah di tempat kerja. Keluarga adalah segala-galanya. Anak-anak anda sedang membesar dan ingat bahawa masa akan tetap terus berlalu serta tidak boleh dipusing balik.

7. Biar susah atau senang sekali pun jangan sesekali anda menunjukkan sikap mengeluh di hadapan anak-anak. Keluhan anda itu nanti akan membuatkan mereka rasa dibebani.

8. Luangkan sedikit masa anda untuk menjadi pendengar yang baik apabila anak anda ingin menceritakan sesuatu perkara. Mungkin cerita itu anda tidak dapat mendengarnya pada masa hadapan nanti. Tunggu giliran apabila anda mahu bercakap dan ini secara tidak langsung dapat mendidik anak-anak anda tentang giliran untuk bercakap.

9. Apabila anda melihat anak seperti ditimpa sesuatu masalah maka tenangkanlah mereka. Mungkin di saat itu mereka memang memerlukan perhatian dan bantuan dari ibu bapanya.

10. Anak-anak kecil mudah mempelajari sesuatu kemahiran baru dengan aksi meniru perbuatan yang dilakukan oleh ibu bapanya. Ajar mereka tentang cara bagaimana untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

11. Ibu bapa yang prihatin sentiasa ingat untuk memberikan hadiah hari jadi walaupun ia murah tetapi bermakna. Ini akan membuatkan diri mereka sentiasa diingati dan dihargai. Persekitaran seperti ini dapat membentuk anak-anak anda untuk belajar menghargai orang lain.

12. Proses belajar adalah berterusan. Begitu juga dengan anak-anak anda mungkin mereka tidak dapat menerima ilmu dengan sekali ajaran. Beri mereka ruang masa dan mungkin selepas 2, 3 kali ajaran mereka mungkin boleh menerima sepenuhnya.

13. Bagi anda suami isteri yang sibuk berkerja jangan sampai mengabaikan anak-anak. Luangkan sedikit masa yang berkualiti untuk melakukan aktiviti bersama mereka. Jika berjalan peganglah tangan mereka dan sudah tentu dengan kehadiran anda mereka akan berasa sentiasa dihargai.

14. Kadang-kadang anak-anak anda akan menceritakan tentang pengalaman mimpi ngeri mereka. Dengarkanlah dan pada mereka mimpi itu adalah perkara yang benar-benar berlaku.

15. Hargailah barang permainan anak-anak. Dan pada masa yang sama juga mereka akan menghargai barang-barang anda. Jangan buang barang permainan kesayangan mereka walaupun ianya sudah rosak. Jika boleh mintalah izin dari mereka.

16. Setiap malam sebelum masuk tidur berikan satu ciuman dan ucapkan selamat malam untuk anak-anak. Cara ini memudahkan mereka untuk tidur tanpa rasa takut dan nyenyak.

17. Sehebat mana anda sekalipun, sentiasalah berpegang kepada kata-kata kita bukanlah ibu bapa yang sempurna. Sekurang-kurangnya ingatan ini tidak memberi kesan stres atau negatif terhadap anda dalam menguruskan anak-anak yang penuh dengan kerenah. Yang paling utama, anda sudah cuba melakukan yang terbaik demi untuk kebahagiaan anak-anak.

18. Latih diri anda dengan tidak membawa segala bebanan kerja yang tidak dapat diselesaikan di pejabat di bawa balik ke rumah. Jika anda kerap melakukannya di rumah nanti anak-anak anda akan menyangkakan kerja anda itu lebih utama dari mereka.

19. Jika anak menangis janganlah abaikan mereka. Itu menunjukkan mereka memerlukan perhatian dari anda. Dengarilah tangisan mereka kerana mungkin dua puluh tahun dari sekrang anda pula yang akan menangis apabila rumah terasa sunyi.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda. Hargailah mereka seperti mana mereka akan menghargai anda apabila anda sudah meniti usia tua.

P/S : Awas! Iklan dan testimoni berikut ini tiada kena-mengena dengan artikel di atas. He he.. Testimoni : Boleh i tanya, kenapa suami i ramas buah dada i, buah dada i jadi besar eh. Tiba-tiba buah dada i bengkak dan sakit rasanya. Haha.. itu tandanya suami puan geram dengan puan setelah puan cuba mengamalkan produk yang inikan.. kan kan… —->>> KLIK SINI dan KLIK SINIĀ 

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/