Petua Kurangkan Rabun

Petua Kurangkan Rabun

Petua Kurangkan Rabun

Boleh kata hampir semua orang dah tahu bahawa salah satu petua nak kurangkan rabun ialah amalan makan atau minum jus lobak merah. Itu dari segi pemakanan dan khasiat yang terdapat di dalam lobak merah. Takkan tiap-tiap hari nak makan lobak jer kerjanya.. hehe.. Selain itu penjagaan mata dan untuk kurangkan masalah rabun boleh mengamalkan pemakaian celak yang dikatakan boleh menajamkan penglihatan kita.

Mata adalah satu anugerah pancaindera yang tidak ternilai dan harus diberi penjagaan untuk memastikan nikmat dapat melihat keindahan alam ciptaan tuhan dapat digunakan sepenuhnya sehingga ke akhir hayat kita. Jadi, sebagai mensyukuri nikmat dan anugerah daripada Allah SWT kita haruslah menghargainya dengan memberi penjagaan agar ianya tidak rabun atau buta. Selain daripada lobak, adalah beberapa petua lain yang sebelum nie admin PB dah kongsikan kat artikel petua rawat rabun mata nie.. Kali ini admin ingin berkongsi petua kurangkan rabun.

Haa… kali nie admin PB nak kongsi lak satu lagi petua yang baru jer dapat tahu…

hot_girls_glasses_17

Petua Kurangkan Rabun

Selain daripada minum jus lobak, banyakkan menatap dan membaca Al-Quran, banyakkan melihat benda-benda hijau terutama pada waktu pagi, satu lagi petua untuk kurangkan rabun ialah dengan mengamalkan mencuci mata dengan air kelapa. Kupas sebiji kelapa, samada kelapa muda atau kelapa tua… err… rasanya kelapa muda lebih baguslah kot.. hehe.. Ambil airnya, pastikan ditapis airnya untuk mengasingkan habuk dan sebagainya. Gunakanlah air tu untuk membasuh mata.

maxresdefault

Seeloknya masukkan air kelapa tu dalam satu bekas besar yang agak-agak boleh muat satu muka. Masukkan kepala dan buka-tutup atau kelipkan mata beberapa kali kat dalam bekas berisi air kelapa tu. Dengan cara ini kita bukan setakat cuci mata kat bahagian luar, bahkan bahagian dalam mata pun akan turut merasa air kelapa tu.

Sebab itulah perlu dipastikan air kelapa tu tidak mempunyai sebarang habuk, debu, kotoran dan sebagainya… takut-takut nanti masuk pula dalam biji mata.. huhu..

Bagi sesiapa yang merasakan mata tu makin lama semakin kurang jelas, cubalah amalkan petua ini yang dikatakan dapat membantu memulihkan semula tahap penglihatan.

Six-Ways-to-Look-Spectacular-in-Eyeglasses

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/