Petua Menambat Hati Isteri

petua menambat hati isteri

Wahai suami dan isteri! Jagalah hati isteri sebagaimana kita menjaga hati kita sendiri. Jika hati kita sentiasa tenang dan baik, InsyaAllah kehidupan berumahtangga akan kekal bahagia dan berpanjangan. Mudah-mudahan ianya boleh menjadi contoh dan ikutan yang baik buat anak-anak kita apabila mereka dewasa kelak.

petua menambat hati isteri

Jadi sempena sambutan Hari Ibu pada 12.5.2013, admin mahu berkongsi sedikit mengenai Petua Menambat Hati Isteri seperti yang tertera di bawah ini. Mari kita ‘like & share’.

1. Selalu berdoa kepada Maha Yang Esa agar kasih dan sayang terhadap isteri semakin hari semakin bertambah.

2. Membiasakan diri menegur dan menyentuh isteri sewaktu sampai saja di rumah terutamanya setelah anda pulang dari berkerja. Janganlah pula anda mengendahkan isteri lalu terus membuat kerja-kerja lain.

3. Lihat wajahnya dan tunjukkanlah keprihatinan dengan bertanya apakah kegiatan isteri disepanjang hari.

4. Bersedia untuk menjadi pendengar yang baik tatkala isteri sedang meluahkan perasaan atau masalah yang melanda dirinya.

5. Bijak meluangkan sedikit masa yang berkualiti setiap hari sekurang-kurangnya 30 minit untuk melakukan sesuatu aktiviti bersama isteri.

6. Sesekali anda buatlah sedikit kejutan kepadanya dengan memberikan hadiah seperti bunga, minyak wangi, coklat dan sebagainya.

7. Isteri anda pasti suka apabila anda menolongnya memasak di dapur atau sekali-sekala mungkin isteri penat, ajaklah dia makan di luar.

8. Jangan berat mulut untuk memberikan pujian mengenai penampilan isteri dari segi wajahnya, rambutnya, pakaiannya dan sebagainya. Wanita atau isteri lazimnya memang suka diberikan perhatian dan pujian.

9. Jika isteri sedang marah atau merajuk anda pujuklah dia secara berlemah-lembut. Jangan biarkan isteri anda memendam rasa sehingga boleh mengganggu emosinya.

10. Jika isteri memerlukan pertolongan, janganlah pula mendiamkan diri. Bantulah dia setakat yang termampu.

11. Berikan isteri ruang masa yang mencukupi agar dia lebih selesa dan mudah bersedia untuk bergerak atau bertindak mengenai sesuatu perkara.

12. Andai suami lewat pulang ke rumah, maklumkan kepada dia sama ada melalui SMS atau telefon supaya dia mengetahui dan tidak ternanti-nanti menunggu kepulangan anda.

13. Seandainya isteri memerlukan bantuan, seboleh-bolehnya andalah orang yang pertama bersedia untuk menghulurkan pertolongan buatnya.

14. Beritahulah isteri seandainya anda perlu bersendirian untuk berfikir dan bila waktunya anda ingin pulang ke rumah.

15. Janganlah menuding jari kepada isteri sewaktu anda sedang mengalami masalah. Sebaik-baiknya apabila telah sejuk, beritahulah isteri secara sopan tentang apa yang sebenarnya mengganggu fikiran anda.

16. Jadilah pendengar yang baik dengan memberikan perhatian sewaktu isteri mahu bercakap.

17. Jika anda ingin keluar rumah tanya isteri seandainya ada barang yang ingin dipesannya.

18. Bila duduk di rumah janganlah anda berat mulut memberitahu isteri bila ingin berehat atau tidur bersama-sama.

19. Hidupkan sifat romantis dan tunjukkan kasih sayang anda dengan memeluk isteri sekurang-kurangnya empat kali sehari.

20. 2Sesekali anda telefonlah isteri dari tempat kerja bertanyakan khabar dan luahkan rasa sayang dengan memberitahunya ‘Aku Rindu dan Cinta Kamu’.

hormon pemikat wanita

21. Jadilah lelaki yang ringan mulut untuk mengucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.

22. Ringankan tulang bantu isteri untuk mengemaskan katil atau bilik tidur. (Ha ha.. yang ini memang hebat kalau anda mampu buat! He he..)

23. Sekali-sekali luangkan masa cuti anda dengan mengajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.

24. Jika isteri memerlukan sesuatu yang dia suka dan ingin memilikinya, apalah salahnya anda cuba memenuhi hasratnya itu.

25. Bila duduk berjauhan, jangan lupa pula untuk menyatakan yang anda sebenar amat merinduinya. (Nyanyi Lagu Sayang Apa Khabar Mu?)

26. Jangan lupa pula bawa hadiah atau buah tangan untuk isteri.

27. Bila bersolat atau melakukan ibadah ajaklah dia buat bersama-sama.

28. Bila anda sudah sampai di hotel, beritahu dia anda sudah selamat sampai dan berikanlah dia nombor telefon tempat anda menginap.

29. Sebelum masuk tidur bersama pakailah pakaian yang kemas dan sedikit minyak wangi.

30. Selalunya suami yang minta dipicit-picitkan? Sekali-sekala urutlah badan isteri pula.

31. Belai dan peluk isteri bila anda menonton TV bersama.

32. Latih diri bersikap tenang dan sabar bila mendengar luahan dan masalah isteri.

33. Tunjukkanlah kasih mesra sewaktu berjalan-jalan berdua dengan memimpin tangannya dan jangan biarkan isteri tertinggal di belakang.

34. Buatkanlah air minuman kesukaan isteri sekali-sekala. Bertuah dia dapat suami seperti anda!

35. Bila makan di luar, jangan selalu mengharapkan isteri yang menentukan tempat untuk makan.

36. Sewaktu dikhalayak ramai berikanlah perhatian dan tumpuan yang penuh kepada isteri berbanding dengan orang disekitar.

37.Apabila isteri demam atau kurang sihat, berikanlah ubat atau bawa dia ke klinik atau hospital bagi mendapatkan rawatan.

38.Jadikan amalan rutin bila mahu masuk tidur secara bersama.

39. Keesokkan hari bila mahu pergi berkerja peluk manja dan ciumlah dahi isteri.

40. Hargai isteri dengan mengucapkan terima kasih atas segala khidmat yang diberikan.

41. Bila ada cuti panjang, rancanglah aktiviti perjalanan secara berdua-duaan ke tempat-tempat yang menarik sama ada di dalam negeri atau di luar negara.

42. Lakukan aktiviti senaman dan riadah bersama-sama sama ada di waktu pagi atau petang.

43. Akhir sekali, isteri anda pasti suka bila dia melihat anda menolongnya mencuci dan menjemur pakaian.

pembekal pheromances

P/S : Jumpa lagi esok! Selamat Malam!

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/