Petua Menjaga Kesihatan Batin

dingin seks

dingin seks

Orang-orang terdahulu khususnya kaum lelaki memang begitu mengambil berat mengenai pantang larang bagi mengelakkan berlakunya lemah tenaga batin. Dari pengalaman mereka, maka eloklah kita ikut sebagai garis panduan. Suami yang lemah tenaga batin, sudah pasti rumahtangga tidak akan bahagia walaupun mempunyai duit berjuta-juta. Kadang-kadang kasihan kepada si isteri kerana tidak mendapatkan kenikmatan dan kepuasan dalam perhubungan seks. Seks adalah penting dalam kelangsungan kehidupan berumahtangga.

Selain ada alternatif lain seperti mengambil ubat seperti viagra dan herba tradisional lain bagi mengatasi masalah lemah tenaga batin elok kita amalkan petua-petua ini yang dianggap remeh tapi adalah penting. Kepada lelaki yang sederhana tenaga batinnya, eloklah baca mungkin diantara petua-petua ini telah menjadi amalan untuk sekian lamanya. Jangan sampai suatu hari nanti anda akan mati pucuk. Itulah trauma bagi seorang lelaki.

Segala apa yang dilakukan mempunyai kesan sama ada serta-merta atau berjangka panjang. Pelbagai petua pantang larang telah diajarkan oleh orang-orang tua Melayu bagi menjaga kesihatan tenaga batin. Ia bukan bertujuan mengharamkan yang halal tetapi berupa nasihat hasil dari pengalaman orang-orang terdahulu.

Pantang Larang Orang-orang Dahulu

  1. Jangan amalkan minum air batu kerana ia mengakibatkan batang zakar menjadi sejuk, lembik dan zakar akan berasa ngilu sewaktu hubungan seks suami isteri. Batang zakar haruslah sentiasa panas.
  2. Jangan makan nasi berulamkan air. Biasakanlah minum air setelah selesai makan nasi, melainkan jika tercekik. Kesannya sama seperti minum air batu. Usah amalkan makan makanan bersifat sejuk atau telah sejuk atau disejukkan. Ia boleh mengakibatkan air mani cair dan terpancut awal.
  3. Jauhikanlah makan makanan yang kuahnya berlinang kerana ia boleh melemahkan zakar.
  4. Elakkan terus minum air selepas makan nasi, minum hanya setelah 2 minit suapan terakhir.
  5. Jangan menghembus nafas ketika minum, ini membantu mengelakkan dari mudah lelah ketika jimak.
  6. Elakkan minum air ketika badan sedang panas, selepas berlari atau bekerja berat. Berehatlah terlebih dahulu, sejukkan badan, kemudian barulah minum air.
  7. Elakkan makan kepak ayam daging kerana ia boleh melemahkan zakar.
  8. Jangan makan nasi sejuk, lebih elok panaskan nasi dahulu.
  9. Kurangkan dari memakan Pisang Embun.
  10. Elakkan minum air selepas jam 11.00 malam walaupun air panas kerana ia melemahkan otot pinggang dan membawa sengal badan. Elakkan dari buang air ditempat air bertakung, carilah tempat yang kering dahulu kemudian buang air besar. Ini melatih mengawal otot zakar dengan baik.
  11. Jangan amalkan onani/melancap kerana ia memaksa mani keluar dan melemahkan zakar.
  12. Jangan biarkan isteri menindih zakar ketika tidur. Aliran darah yang sempurna amat perlu pada zakar kerana waktu tidur darah menuju zakar, tindihan dari paha dan lutut yang sejuk boleh membantutkan aliran dan melemahkan zakar.
  13. Jika berumur lebih 30 tahun, elakkan dari berjimak lebih dari 3 kali seminggu, kerana badan perlu cukup masa membina kembali tenaga batin.
  14. Jangan berjimak di dalam air.
  15. Jangan terus minum air selepas berjimak, rehat dahulu 15 minit.
  16. Jangan biarkan pinggang terhentak dengan kuat kerana mengakibatkan mati pucuk.
  17. Jangan biarkan zakar terendam begitu lama selepas klimaks.
  18. Jangan jimak isteri yang sedang haid kerana boleh mendatangkan penyakit.
  19. Jangan cungkil gigi dengan kemuncut (tangkai bunga lalang) kerana ia mengakibatkazakar jadi ngilu dan kurang bertenaga.

Petua orang-orang dulu adalah pengalaman mereka untuk kita renungkan dan kata perpatah “Petua itu lebih dari Ilmu”. 

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/