Petua Merawat Tekanan Darah Tinggi

petua merawat tekanan darah tinggi

petua merawat tekanan darah tinggi

Tekanan darah tinggi atau hypertension merupakan sejenis penyakit kategori ‘silent killer’ yang berupaya membunuh manusia secara senyap kerana ia tiada memberikan tanda-tanda awal yang jelas. Jika kita tidak bertindak sekarang dalam mengamalkan gaya dan cara hidup yang sihat dibimbangi penyakit ini boleh menyumbang kepada permasalahan seperti serangan penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan strok.

Petua Merawat Tekanan Darah Tinggi

Pada entri kali ini saya ingin berkongsikan sedikit info mengenai beberapa petua tradisional yang dapat membantu anda untuk merawat tekanan darah tinggi. InsyaAllah dengan sedikit usaha akan dapat menyembuhkan atau mengurangkan penyakit darah tinggi anda. Sesungguhnya tumbuh-tumbuhan yang diciptakan oleh Allah SWT seperti di bawah ini banyak manfaatnya dalam mengubati masalah kesihatan manusia.

daun pegaga

Petua 1 : Daun Pegaga

Amalkan minum jus pegaga setiap hari. Herba pegaga ini berupaya menjadi penawar terbaik.

pucuk daun sambung nyawa

Petua 2 : Daun Sabung Nyawa

Jadikan daun sabung nyawa ini sebagai ulam-ulaman di dalam diet seharian. Tapi awas jangan makan terlalu berlebihan kerana anda akan berasa mual bagaikan mahu muntah. Ini disebabkan terdapat cecair daun ini berupaya untuk menurunkan paras kandungan gula dalam darah.

pucuk betik

Petua 3 : Pucuk Betik

Jadikan pucuk betik sebagai ulam-ulaman di menu makan tengah hari mahupun malam anda. Pucuk betik dikatakan dapat mencegah penyakit kencing manis, membersihkan buah pinggang, memperbaiki pembuangan air kecil dan menguatkan tulang.

Coconut milk, BA, Brazil

Petua 4 : Air Kelapa Muda

Amalkan minum air kelapa muda yang dicampurkan dengan sedikit kopi dan sebuku garam jantan. Kacau dan minum 2 kali seminggu sudah memadai.

pisang kelat

Petua 5 : Pisang Kelat

Ambil 3 atau 4 biji pisang kelat yang sudah masak. Diramas kulitnya sekali sehingga menjadi air minuman. Minum air tersebut.

batang serai

Petua 6 : Batang Serai

Ambil beberapa batang serai yang telah diketuk dan rebuskan bersama 4 mangkuk air sehingga tinggal menjadi semangkuk air. Minum air rebusan serai tersebut 2 kali sehari.

epal hijau

Petua 7 : Epal Hijau

Ambil 2 biji epal hijau lalu dibuang kulitnya dan hiris nipis-nipis. Rebus dengan 2 cawan air sehingga ia menjadi empuk. Biarkan ia menjadi sejuk dan tapiskan airnya. Minum 2 kali sehari. Anda boleh amalkan selalu walaupun bacaan tekanan darah tinggi anda menurun.

buah mengkudu

Petua 8 : Buah Mengkudu

Perahkan buah mengkudu yang telah masak. Tapis dan ambil airnya. Minumlah air tapisan buah mengkudu di waktu pagi sebelum anda menjamah sesuatu makanan. Anda boleh amalkan selama seminggu secara berturut-turut.

daun kucai

Petua 9 : Daun Kucai

Ambil seikat daun kucai. Tumbuk hingga lumat dan perah sehingga mengeluarkan airnya. Minum air tersebut pada setiap pagi selama sebulan.

Mudahan-mudahan tips atau info di atas dapat memberi manfaat buat anda.

P/S : Anda harus ingat bahawa dengan pengambilan ubat darah tinggi (ubat hospital) secara tidak langsung boleh melemahkan nafsu syahwat dan tenaga batin orang lelaki. Oleh itu saya cadangkan kepada anda untuk mengambil herba seperti Vimax Original bagi memulihkan atau mengembalikan semula tenaga kelelakian anda. Info lanjut KLIK SINI

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/