Petua Miliki Suara Lunak

Petua Miliki Suara Lunak
Petua Miliki Suara Lunak

Petua Miliki Suara Lunak

Mungkin ada yang rasa pelik sikit tentang tajuk petua nie. Apa kes lak nak miliki suara lunak nie.. hehe… Tapi sebenarnya banyak keistimewaannya bagi sesiapa yang memiliki suara yang lembut terutamanya bagi seorang wanita. Bayangkanlah kalau yang baru berkahwin tu, sedang melayari malam pertama tutup jer lampu tidur tetiba suara tu bertukar garau sedikit ala-ala suara jantan…. tak ke panik sang jejaka dibuatnya… ahaks..

Kalau yang biasa kaki karaoke mesti akan pastikan penjagaan suara dititikberatkan supaya tak terkucil bila perform kat dalam karaoke jamban nanti..hehe.. Walau apa pun bagi wanita selain penjagaan wajah dan kesihatan tubuh badan, suara juga adalah salah satu aset yang perlu dijaga agar ianya tidak menjadi garau dan kasar apabila mahu keluar pergi dating dengan boipren.

Wanita yang miliki suara lunak nie selalunya ‘tampak’ lebih ayu dan manja. Dengan suara lunak yang lembut tu rasanya kalau nak marah atau berleter berjam-jam kat pasangan pun dia mesti tak kisah punya. Bunyi suara lunak tu sedap jer bak buluh perindu.

Satu kelebihan lagi, baik untuk wanita mahupun lelaki, kalau ada yang miliki suara lunak  nie kan lebih sedap nak mendendangkan lagu sewaktu berkaraoke dalam bilik mandi tuh. Sebab tu lah kot ada sesetengah orang tu bila minum kat kedai jer mesti order air asam, nak jaga suara lah katakan… hehe…

Anyway, selain dari amalan minum air asam sepertimana yang ramai orang selalu buat tu, ada satu lagi petua tradisional untuk membolehkan kita memiliki suara lunak yang lemah gemalai nie yang mungkin ramai yang tak tahu.

Petua Memiliki Suara Lunak

Petuanya ialah dengan mengamalkan minum air kelapa. Ambil air kelapa muda yang fresh dan tuangkan dalam gelas atau cawan. Jangan diminum terus. Biarkan dahulu selama satu malam.

Keesokan paginya selepas selesai bersarapan, barulah diminum air kelapa tersebut. Amalkan setiap pagi atau setiap dua hari sekali. In shaa Allah, jika rajin beramal, selepas beberapa lama anda akan melihat manfaatnya.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/