Petua Mudah Cucuk Benang Dalam Jarum

Cucuk Benang Dalam Jarum
Cucuk Benang Dalam Jarum

Cucuk Benang Dalam Jarum

Ada tak sesapa kat sini yang minat menjahit? Antara cabaran nak menjahit adalah bab nak cucuk benang masuk ke dalam jarum kan.. Hmm.. mungkin tak ramai kot nak menjahit sekarang ni.. sebab takde masa.. hihi… maklumlah sibuk ngan facebook (termasuklah admin sendiri)… ahaks

Okeylah, walaupun korang tak minat menjahit, tak semestinya ilmu yang kita dapat nie tak boleh dimanfaatkan, betul tak? Hmm.. mungkin kita leh kongsi petua atau teknik mudah untuk memasukkan benang ke dalam jarum nie dengan ibu atau kakak atau jiran kita.  Setidak-tidaknya manalah tahu kan suatu hari nanti tetiba timbul plak minat nak menjahit hmm.. bolehlah nanti kita guna teknik mudah cucuk benang ke dalam jarum nie.

Petua Masukkan Benang Ke Dalam Jarum

Uols tentu tahu bahawa bukan senang nak masukkan benang ke jarum. Lubang jarum tu kan kecil dah tu pula benang tu asyik longlai jer kadang-kadang tu kalau ibu sebelum nak menjahit tu mesti panggil anak-anak tolong masukkan benang ke dalam jarum.. tak mahu nak tegak betul-betul. Bagi yang tak biasa mungkin ambil masa sampai setengah jam. Kena pulak yang mata dah separuh rabun alamatnya sampai ayam berkokok pun belum tentu benang tu dapat dijolok.

Tapi sebenarnya tok nenek kita dah pun menemui penyelesaiannya… Dan teknik yang hebat ini diperturunkan pula untuk generasi sekarang… So, lepas ni perturunkan pula ‘ilmu’ ni kepada anak cucu korang.

Caranya ialah ambil hujung benang dan gosokkan ia ke batang lilin untuk beberapa ketika. Lurutkan sehingga benang yang asalnya lemah longlai tu jadi ‘keras’ sket macam batang lilin. “Lembut tapi tak lembut, keras tapi tak keras”, kata orang. Okey, apabila benang tu dah ‘keras’ siket, maka senanglah untuk dimasukkan kat dalam lubang jarum tu.

P/s:  Kawan admin bagitau zaman sekarang ni mesin jahit pun dah canggih-manggih. Macam-macam corak boleh buat. Nak masukkan benang kat jarum mesin pun “the very easy” kata nye.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/