Petua Pilih Telur Segar

Telur Segar
Telur Segar

Telur Segar

Agak menarik dan panas tak tajuk petua yang admin nak kongsikan kaloi nie.. hehe… Petua pilih telur segar. Kalau geng lelaki yang baca agaknya mesti ada yang terpikir telur zakar agaknya ni… ahaks… Telur yang admin maksudkan ialah ‘telur’ yang biasa kita makan tu… termasuklah telur ayam, telur itik, telur burung, telur burung unta dan seangkatan dengannya.

Kekadang ada di antara kita yang suka beli telur banyak-banyak tapi lepas tu terlupa. Makanya, mungkin ada telur yang dah lama tersimpan berminggu-minggu atau berbulan tak digunakan. Hmm… agak-agak korang lah apa jadi kalau telur lama tu dipecahkan? Jawabnya bau pekung lah satu rumah… mungkin sampai ada yang muntah-muntah….

So, kali nie admin nak kongsi petua pilih telur segar dan bagaimana nak tahu sama ada telur tu boleh lagi digunakan atau dah boleh consider expired dengan mencoba tips ni…

telur-_130318112337-544

Petua Uji Kesegaran Telur

Telur segar bugar sememangnya berkhasiat. Tapi kekadang ada juga yang termakan telur yang dah lama. Ye lah kan.. bila dipecahkan telur tu nampak macam okey jer.. pas tu kita pun goreng ler untuk dimakan. Tapi perasan tak kekadang bila kita makan telur, bila kentut jer busuk sangat.. hihi.. Di kala yang lain pula, walaupun makan banyak telur tapi bau kentut kira okey jer…

Hmm… ikut hipothesis admin, itu kemungkinan besar sebab makan telur yang dah expired atau hampir-hampir nak expired.

Justeru, untuk menguji samada telur segar atau tidak, cubalah petua nie.

Ambil dua sudu kecil (atau sudu teh) garam, masukkan dalam bekas berisi air. Kacau dengan rata dan kendian masukkan telur-telur yang nak diuji tu satu persatu.

Kalau telur tu tenggelam, maknanya ia ‘lulus ujian’… considered telur segar.

Tapi kalau telur tu muncul di permukaan atau terapung, makna kata telur tu bukan telur segar tapi dah lama dan tak lagi elok untuk dimakan. Kalau nak makan juga, silakan.. hehe…

P/s: Kawan admin PB kata dia kalau makan apa pun (bukan setakat makan telur je) kentut memang busuk.. camna nak buat ek….?? hmm… itu lah “indahnya” persahabatan, bab kentut pun boleh jadi topik perbualan.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/