Petua Rawat Benjol

Petua Rawat Benjol Di Dahi
Petua Rawat Benjol Di Dahi

Petua Rawat Benjol Di Dahi

Bila sebut pasal benjol nie, teringat admin masa kecik-kecik dulu… kalau ada kengkawan yang cergas sangat berlari sana-sini pas tu terjatuh atau terhantuk sampai bengkak atau naik benjol kat kepala.. hmmm.. mulalah lepas tu kitaorang start perli dia… Egg benjol satu..! Kesian dia kan.. dah la sakit, pas tu kena perli lak lagi.. huhu…

Tapi biasalah kan.. bebudak kecik… bukannya ambil kisah sangat. Bergaduh sekejap, lepas dua tiga minit berbaik semula… Tak macam orang dewasa yang suka simpan di dalam hati.. ahaks..

Okey, berbalik kepada citer benjol tadi… sebaik-baiknya kalau ada budak-budak kecil yang terhantuk dan kelihatan ber benjol di kepala, janganlah kita biarkan… Kena cepat-cepat ikhtiarkan supaya bengkak tu surut. Jika dibiarkan ada kemungkinan bengkak tu tak akan hilang sampai ke tua.. huhu…

Kekadang ada budak yang memang jenis lasak dan jatuh kepala benjol tapi dia tak rasa sakit pun. Akan tetapi bila ada jer orang yang tegur, terus budak tu menangis. Meraung bukan sebab sakit tapi sebab terkejut kepala dia dah tak bulat macam sebelumnya. Hmm.. yang korang pergi tegur tu siapa suruh ngeh.. ngeh..

Lain kali jangan ditegur keterlaluan. Dan jikalau ada yang terus menangis walaupun tak ditegur, korang kena buat rileks jer. Jangan tunjuk kat budak tu yang kita ni pun risau teramat… kena buat rileks seumpama doktor yang merawat orang kat sepital tu. Cuba bayangkan kalau tiap kali berjumpa ngan pesakit, doktor tu kelihatan gelisah keterlaluan. Mahunya sakit kita tu bertambah dua kali lipat.

So, kena relax. Memula sekali alihkan perhatian budak tu kepada benda yang menenangkan dan benda yang dia suka. Contohnya bagi dia cokelat. Untuk kaedah rawatan, tindakan yang biasa orang buat ialah ambil kain tebal yang bersih, bernafas atau hembus kuat-kuat untuk bagi kain tu panas, kemudian ditekapkan berulang-ulang kali ke bahagian yang bengkak tu.

Kalau yang pandai sikit, kain tu dituam ngan air panas, tak yah penat-penat nak menghembus. Ada pulak yang kreatif lagi, pergi seterika dahulu kain tu supaya lebih panas sebelum ditekap ke tempat yang benjol… hehe… Tapi, selain daripada cara di atas ada beberapa petua lain yang lebih mujarab lebih-lebih lagi kalau bengkak tu memang besar.

Petua Menghilangkan Benjol

Kalau ada kesempatan ambil 2-3 helai daun sirih dan sapukan sedikit minyak masak. Lepas tu layurkan daun sirih tadi di atas nyalaan api. Bila dah terasa panas tekapkan ia pada tempat yang ber benjol tu tadi. In shaa Allah, ia akan surut secara perlahan-lahan.

Petua Merawat Benjol

Ambil asam jawa (kalu takde asam jawa, asam keping pun kira okey lah..). Campurkan asam jawa tu dengan sedikit air bersama sedikit garam dan gaulkan. Kemudian lumurkan campuran tu pada tempat yang bengkak tadi. Dalam 15 minit, benjol atau bengkak tu akan segera sembuh. In shaa Allah.

Petua Hilangkan Benjol

Kalau tak dapat cari bahan-bahan di atas, boleh pakai lagi satu petua yang lebih mudah. Gunakan ais ketul. Seeloknya masukkan dahulu ketulan ais tu dalam beg plastik, ikat dengan kemas. Lepas tu balut pula dengan kain atau tuala nipis supaya tak terlalu basah.

Kaedah menekap tempat yang cedera dengan ‘ice pack’ atau ketulan ais nie, tak kisah ler samada cedera sampai luka atau setakat lebam atau bengkak jer, memang selalu dipraktikkan oleh pasukan perubatan cemas. Sesiapa yang sering menonton sukan kat tv tu tentu perasan benda nie.

Malah, kebanyakan doktor akan menyarankan kaedah meletakkan ais di tempat yang bengkak tu berbanding cara tuam dengan kain panas. Sebabnya, ais akan membantu mengecutkan saluran darah, manakala cara tuam ngan kain panas akan membuka saluran darah.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/