Petua Rawat Demam Kuning

Demam Kuning
Demam Kuning

Demam Kuning

Baby yang baru dilahirkan sekarang nie ramai yang kena demam kuning atau nama saintifiknya sebagai jaundice. Dah jadi macam satu kelaziman lak.. seolah-olah kalau tak kena demam kuning macam tak sah.. huhu.. Bagi baby yang baru lahir, peratus untuk mendapat demam kuning amat tinggi sehingga 99.9% peratusannya. Admin gurau jela..hehe.. tapi untuk sesiapa yang baru dapat baby dan baby kena demam kuning jangan risau sebab itu adalah perkara normal bagi setiap bayi yang baru lahir. Dapatkan pemeriksaan kesihatan di klinik kesihatan yang berhampiran rumah anda untuk diambil ujian darah dan tengok bacaannya.

Untuk mengubatinya, doktor selalunya akan menasihatkan untuk parent ‘menjemur’ baby yang kena demam kuning di bawah sinaran matahari pagi… diulang p-a-g-i.. pagi… Jangan lak tersilap gi berjemur waktu tengahari atau panas petang macam mat saleh ‘sun bathing’ tu.. hmmm… mau melecur kulit baby tu nanti.

Kaedah ‘menjemur’ baby bawah sinaran matahari selama 5-10 minit setiap awal pagi memang mujarab untuk mengubati penyakit demam kuning. Cuma ada juga ibu bapa yang tak berapa setuju ngan cara nie sebab takut rosak mata baby jika terkena panahan cahaya tu secara direct. Satu cara nak ‘solve’ masalah tu senang jer… tutuplah mata baby ngan kain dan sebagainya.

 Anyway, admin PB nak kongsi satu lagi petua untuk mengubati demam kuning nie iaitu dengan menggunakan serai. Yess… serai yang korang selalu guna sebagai bahan perencah dalam gulai tu.

Petua Merawat Demam Kuning

Untuk mengubati demam kuning yang terkena pada bayi yang baru lahir, ambil satu cekak batang serai dan pastikan ia dibasuh hingga bersih untuk menghilangkan miang yang terdapat padanya. Batang serai yang digunakan mestilah batang serai yang masih muda.

Rebus batang serai tu sehingga ia mengeluarkan bau wangi dan biarkan ia mendidih selama 5 hingga 10 minit. Lepas tu biarkan air rebusan tu menyejuk sampai agak-agak suam-suam kuku dan ambil airnya untuk memandikan bayi yang terkena demam kuning.

Mandikan baby yang menghidap demam kuning tu sekali sehari dengan air rebusan serai tu setiap hari sehingga ia sembuh. Biasanya dalam lima hari demam kuning yang dihidapinya akan sembuh. In Shaa Allah.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/