Petua Rawat Lenguh Kaki

Lenguh Kaki
Lenguh Kaki

Lenguh Kaki

Lenguh kaki selalu terjadi apabila anda selalu jalan di shopping complex menemani isteri membeli belah, turun naik tangga bagi mereka yang tinggal di rumah pangsa kerana lif rosak dan juga selepas melakukan senaman dengan berjogging. Bagi yang sudah berusia pula seperti warga emas lenguh kaki bukan perkara biasa bagi mereka apatah lagi jika warga emas ini aktif melakukan aktiviti berkebun atau mengemas rumah.

Apabila umur makin meningkat macam-macam perubahan yang boleh dirasakan pada tubuh. Waktu bebudak dulu, meloncat dan berlari ke sana-sini walau sehari suntuk takde hal pun… celah gigi jer kata seorang budak kecik yang ajak admin PB lumba naik tangga empat tingkat… Rasanya you all dah boleh agak siapa yang menang.. ahaks…

Ada pun ‘serangan’ lenguh kaki atau sengal-sengal kaki ni biasanya terjadi kalau dah terlalu banyak berjalan atau banyak sangat kerja rumah (housework bukan homework yer..).

Seperti biasa, bagi yang banyak duit, senang jer nak selesaikan masalah nie – jumpa ngan tukang urut. Atau lebih baik lagi pergi spa dan biar diaorang urut satu badan.. bukan setakat kaki jer, maka akan terasa jatuh luruh segala kepenatan.

Tapi bagi kita orang-orang biasa, yang bekalan duit tak berapa nak ada nie, biasanya buat ‘donno’ jer atau kalau dah bersuami atau beristeri minta tolong pasangan yang urutkan. Kekadang pula, admin PB minta anak-anak yang urutkan… tapi selalunya urut tak sampai 3 minit jer lepas tu suma main ‘sembunyi-sembunyi’.

So, bagi yang ada kerajinan dan ingin mencuba rawatan secara tradisional (selain daripada pakai minyak angin atau minyak urut), di sini dikongsikan petua mengatasi lenguh kaki atau sakit sengal-sengal di kaki…

Petua Merawat Lenguh Kaki

Petua ni menggunakan beberapa ulas halia muda dan bawang putih. Halia dan bawang tu dibuang kulitnya dan ditumbuk hingga lumat (hancur). Biar sampai sedikit berair. Lepas tu ramuan tu ditampal dan lumur pada bahagian kaki yang berasa lenguh. Sebaiknya lumur pada sebelah malam dan biarkan semalaman. Keesokannya bersihkan dan kemudian sapukan pula sedikit minyak zaitun.

Dikatakan sekiranya diamalkan setiap hari selama seminggu, pasti rasa lenguh-lenguh kaki tu hilang. Cubalah…

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/