Petua Rawat Rabun Malam

Rabun Malam
Rabun Malam

Rabun Malam

Ada sesetengah orang tak boleh pandu kereta pada waktu malam sebab rabun malam. Silau katanya. Hmm… admin pun pernah mengalami masalah tu, tapi sekarang dah kurang sikit… tak pasti lak macam mana boleh ‘kurang’ sikit masalah silau tu, mungkin sebab banyak minum susu segar kot.. err.. ada kaitan ker tidak minum susu ngan silau nie? hihi…

Anyway, petua yang nak dikongsi kali nie bukanlah berkenaan mengatasi masalah silau tu. Ia berkaitan juga dengan masalah tak leh nak bawak kereta pada waktu malam, bukan kerana silau cahaya, tapi dah memang sebab tak nampak. Semua nampak kabur-kabur jer macam bayang-bayang.

Rabun malam atau lebih popular dengan terma rabun ayam nie lazimnya dialami oleh mereka yang dah berumur. Biasa lah kan bila usia dah mencecah umur pencen nie, macam-macam penyakit lah yang datang, lebih-lebih kalau waktu muda-muda dulu tak ambil kisah pasal penjagaan kesihatan. Maklum sajalah kalau asyik nak ‘berpantang’ jer, bila masanya nak ‘menikmati’ nikmat dunia..hihi…

Okey lah, daripada melalut tak tentu pasal, meh kita kongsi petua merawat masalah rabun malam…

Petua Rawat Rabun Malam

Petua ni adalah pesanan atau ilmu yang sering disarankan di kalangan orang tua-tua dulu. Elok lah diamalkan mudah-mudahan masalah rabun malam tu dapat sembuh sepenuhnya. Lagi pun, bukannya susah sangat nak buat petua nie…

Caranya ialah setiap hari lepas bangun jer dari tidur dan buat senaman ringan ringan apa-apa yang patut, terus mandi. Rahsianya ialah mandi awal pagi dan cara-cara mandi tu pun unik sikit iaitu dimulakan dari bawah. Maksudnya siram bahagian kaki dahulu seeloknya dengan air sejuk (jangan pakai heater) dikuti secara berperingkat naik ke bahagian pinggang dan seterusnya sampai lah ke kepala. Lepas dicurah air ke kepala tu, boleh lah mandi macam biasa.

Dikatakan bahawa petua ni sekiranya diamalkan berturut-turut setiap hari selama dua bulan, berkat kesabaran dan ketekunan, In shaa Allah penyakit rabun tu akan sembuh.

Actually, admin pun memang kerap mengamalkan mandi yang dimulakan dengan menyiram kaki dahulu sepertimana pesanan orang tua admin. Tapi takdelah tiap-tiap hari, sebab kekadang bila kelam-kabut terlewat dan sebagainya mandi siram ikut suka jer. Sebelum nie tak pernah tahu pun bahawa ia boleh membantu menyembuhkan rabun malam.

Ayah admin yang menasihatkan amalan mandi sedemikian dengan tujuan mengelakkan penyakit seperti demam dan pening kepala. Hmm… alhamdulillah memang mujarab. Bukan tak pernah kena langsung, tapi jarang-jarang jugaklah diserang pening kepala…

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/