Petua Rawat Tumit Merekah

Petua Rawat Tumit Merekah
Petua Rawat Tumit Merekah

Petua Rawat Tumit Merekah

Petua rawat tumit merekah membantu mereka atasi masalah yang seringkali menjadi igauan ngeri kepada para gadis-gadis cantik yang suka memakai kasut tumit tinggi di luar sana. Mungkin ada yang terkejut kalau admin bagitau bahawa ada orang yang gemar pakai kasut dalam rumah.  Hmm… bagi yang biasa ngan perkara tu memang tak rasa apa-apa yang pelik pun, tapi bagi yang tak biasa mungkin akan kata ‘dah buang tabiat’ lah tu.

Sebab-musabab ada sesetengah orang tu pakai kasut tu bukanlah kerana nak melanggar adat atau nak tiru budaya orang putih, tapi dek kerna kalau tak dipakai lama-kelamaan tapak kaki dan tumit merekah dan jadi kasar, pecah-pecah. Haa.. yang nie orang pompuan kena jaga nie, sebab bukan setakat wajah kita kena maintain beautiful untuk suami, malahan tapak kaki pun kena juga jaga kecantikan dan kehalusannya.

Dan.. kasut tu pulak bukanlah maksudnya kena pakai kasut yang kita pakai untuk ke pejabat tu (itu barulah buang tabiat..hehe..) tapi kasut selipar jer.

So, kalau tak mau kaki tu mudah menjadi kasar dan tumit merekah oleh kerana selalu pijak simen dan debu serta kotoran di lantai terutama bahagian dapur, elok ler kalau diamalkan pakai selipar.

Namun, bagi yang baru nak amalkan dan tika dan saat ini mengalami masalah tumit merekah, boleh saja dicuba petua tradisional berikut.

Petua Rawat Tumit Merekah Dan Melicinkan Tapak Kaki

Sebenarnya banyak jenis losyen yang ada di pasaran, untuk memulihkan masalah tumit dan tapak kaki merekah nie. Admin sendiri pun selalunya lebih gemar pakai baby lotion atau minyak zaitun jer… tapi tak salah rasanya kalau ada yang nak cuba petua lama yang dikatakan berkesan dan lebih menjimatkan nie.

Petuanya ialah dengan menggunakan minyak masak.

Sebelum tidur tu eloklah cuci kaki bersih-bersih dan kalau rajin beruslah sekali tapak kaki tu dengan berus yang lembut. Lepas tu lap sampai kering dan kendian sapu minyak masak kat tangan lalu lumurkan dengan rata pada bahagian tumit dan tapak kaki.

Kalau yang dah ada suami tu minta tolong dia urut-urutkan sikit tumit kaki tu supaya minyak masak yang disapu lebih mudah menyerap ke kulit. Kalau dia malas nak urut… terpaksalah urut sendiri.. adehhh…

Cuba amalkan setiap malam. Dikatakan kalau diamalkan selalu, dalam masa seminggu dah boleh rasa bahagian tapak kaki tu terutamanya kat bahagian tumit mulai beransur lembut dan licin.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/