Petua Segarkan Mata

Segarkan Mata
Segarkan Mata

Segarkan Mata

Petua segarkan mata khas admin PB bawakan untuk mereka yang sering selalu rasa mengantuk dan bermata kuyu. Untuk mereka yang selalu memandu malam dan ada rabun cahaya iaitu silau pada pantulan cahaya yang datang dari kenderaan depan elok amalkan petua segarkan mata ni. Ada tak sesapa yang rasa matanya nampak macam lebam dan seperti ada lingkaran hitam di sekeliling mata… Hmm.. tu bukan apa, semuanya sebab banyak sangat merenung… merenung komputer lama sangat tuh..

Mata adalah anugerah pancaindera yang tidak ternilai dan harus dijaga dengan sebaiknya dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan baik untuk mata. Selain itu juga dengan mengamalkan memakai celak bagi lelaki dikatakan menajamkan penglihatan dan boleh mengelakkan masalah rabun mata sekaligus segarkan mata.

Jangan khuatir.. ni admin nak kongsi 3 petua ringkas camna nak segarkan mata kembali..

1. Segarkan Mata Dengan Ais

Pandai-pandailah cari seketul ais atau air batu (saiz kecil dah lah).  So, main-mainlah ngan ais tuh, lumur-lumurkan kat keliling kedua-dua belah mata selama 5-7 minit. Teknik ini membantu melancarkan kembali peredaran darah di bahagian sekeliling mata dan membuatkan mata rasa segar semula.

2. Segarkan Mata Dengan Timun

Sediakan dua keping hirisan timun.  Hiris tu jangan terlalu nipis, biar tebal sedikit lagi elok.  Cari port yang sesuai untuk pejamkan mata dan letakkan hirisan timun tuh kat atas mata. Cuba biarkan selama setengah jam atau lebih. Nak tidur terus pun lagi terbaik… ahaks…  Lepas bangun tuh, sure rasa cam mata cukup segar.  Lingkaran seakan hitam kat keliling mata pun dah tak kelihatan.

3. Segarkan Mata Dengan Daun Sirih

Cari beberapa helai daun sirih.  Bersihkan daun sirih tuh, masukkan dalam mangkuk dan tuangkan air suam.  Kendian ramas-ramaskan daun sirih tu dalam mangkuk berisi air tersebut beberapa ketika.   Setelah dirasakan air pati sirih tuh dah bercampur dengan air dalam mangkuk, keluarkan daun sirih.  Setelah itu rendamkan mata anda dalam air pati tersebut sambil mengerdip mata beberapa kali.  In Shaa Allah, mata akan terasa lebih segar.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/