Petua Sihat Selalu

petua sihat selalu

petua sihat selalu

Petua sihat selalu mungkin maklumat, info dan artikel yang ingin anda cari di enjin carian google selama ini agar ianya dapat memotivasikan diri anda supaya hidup menjadi lebih sihat. Umum mengetahui bahawa dengan menjaga kesihatan tubuh badan agar sentiasa sihat dan kuat kita seharuslah memiliki daya pemikiran yang positif sewaktu menjalani kehidupan seharian. Kita harus sedar bahawa seiring dengan peningkatan usia yang semakin lanjut macam-macam penyakit boleh datang. Jadi di bawah ini admin ingin kongsikan beberapa petua yang mungkin dapat membantu anda supaya tubuh badan anda dapat diurus dan dijaga dengan baik.

Petua Sihat Selalu

Jika anda inginkan tubuh badan anda sentiasa kelihatan sihat dan cergas, bolehlah mengikuti petua-petua seperti di bawah ini ;

minum air halia

1. Minum Air Halia

Mengamalkan minuman berasaskan halia yang dijadikan ubat bagi mengatasi masalah pencernaan sudah berabad-abad lamanya diamalkan oleh orang-orang dahulu. Analisis oleh para pengkaji herba ini mempercayai bahan-bahan yang terkandung di dalam halia dapat membantu mengatasi masalah pencernaan, meningkatkan otot intestinal dan membantu menggerakkan makanan melalui saluran pencernaan. Halia dalam jumlah yang kecil (kurang dari 1000 mg) juga baik diambil pada tempoh yang singkat selama tempoh kehamilan. Ianya boleh diminum dengan cara mencampurkan teh atau boleh juga dimakan terus dalam keadaan yang segar.

vitamin c

2. Ambil Vitamin C dan Zat Besi

Walaupun manfaat vitamin C dan zat besi dalam mencegah selsema masih tidak dapat dikaitkan. Namun dalam beberapa kajian yang dijalankan oleh para pengkaji mendapati bahawa vitamin C amat berguna khususnya bagi mereka yang menghidapi stres dan zat besi pula baik dalam mencegah virus. Seperti yang telah disarankan oleh Pengarah Respiracy Care Pusat Kesihatan Sinai, New York dengan pengambilan vitamin C pada setiap hari sudah pasti boleh memudahkan gejala-gejala awal selsema dapat dipastikan.

bawang putih

3. Makan Bawang Putih

Sayuran seperti bawang putih kaya dengan antioksidan yang tinggi dan dapat meningkatkan kekebalan tubuh serta membantu melawan peradangan. Anda tidak perlu bimbang dan risau jika nafas anda berbau bawang putih tetapi makanlah satu atau dua ulas sahaja sehari sudah memadai.

urut badan

4. Berurut

Lakukan aktiviti berurut sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan. Terdapat banyak kajian menunjukkan bahawa amalan berurut ini akan dapat mengurangkan kadar rasa cemas, tekanan darah tingi dan degupan jantung yang laju. Penurunan ini sekaligus dapat menurunkan tahap kebimbangan atau stres anda dan ini adalah merupakan salah satu daripada kunci untuk meningkatkan kekebalan tubuh badan.

mandi air sejuk

5. Mandi Dengan Air Sejuk

Di dalam terapi Mary Ann Bauman, penulis buku Fight Fatigue : Six Simple Steps to Maximise Your Energy menyatakan bahawa tiada bahayanya jika anda mandi dengan air sejuk. Menurutnya, mandi dengan air dingin boleh meningkatkan stamina, mengurangi rasa sakit di kepala, melancarkan perjalanan darah dan membuatkan wanita lebih lemah-lembut serta menjadi gemalai. Namun ada juga pendapat yang mengatakan bahawa mandi dengan menggunakan air sejuk adalah rahsia disebalik keindahan payudara wanita-wanita Perancis.

mencuci tangan

6. Mencuci Tangan

Cuci tangan dengan sabun serta gunakan air panas selamat 20 saat. Gosok semua bahagian seperti tapak tangan, celah-celah jari dan jangan lupa untuk membersihkan kuku. Ini kerana kuku merupakan temoat kotoran mudah terkumpul dan terselit. Keringkan tangan dengan tuala dan sediakan satu tuala khusus untuk setia anggota keluarga. Pada kebiasaannya mencuci tangan dapat mengurangkan risiko untuk diserang penyakit yang dusebabkan oleh bakteria E-coli dan salmonella.

cuci hidung

7. Cuci Hidung

Amalan ini mungkin kedengarannya agak menjijikkan tetapi anda haruslah mencubanya terlebih dahulu. Sediakan air suam dan campurkan dengan sedikit garam. Kemudian, miringkan kepala dengan lubang hidung sebelah kiri di bahagian bawah. Tuang latutan air garam tadi ke dalam hidung sebelah kanan sehingga ia keluar dari lubang hidung sebelah kiri. Penyelidik-penyelidik dari Universiti of Michigan mendapati bahawa cara ini adalah lebih berkesan berbanding daripada menggunakan semburan garam (saline spray) bagi mengubati penyakit resdung.

berfikiran positif

8. Berfikiran Positif

Dalam sebuah kajian, responden dengan aktiviti otak yang padat tetapi digabungkan dengan sikap positif menghasilkan jumlah antibodi untuk selsema yang banyak. Kajian lain pula menunjukkan bahawa orang yang mempunyai pembawaan atau perwatakan yang ceria akan menghasilkan antibodi lebih banyak dalam memberi respon terhadap vaksinasi.

Menurut Ana L. Marsland, Pengarah Behavioral Immunology Laboratory, Universi Pittsburgh mengatakan bahawa mereka tidak menjumpai perkaitan yang jelas antara sikap positif dengan penghasilan antibodi namun mereka mendapati bahawa otak berkomunikasi dengan sistem kekebalan tubuh dan begitu juga sebaliknya. Jika anda tidak berfikiran positif, paling tidak pun anda cuba belajar untuk mengurangi sikap yang suka berfikiran negatif. Jangan fokuskan kepada gejala-gejala seperti ketika anda mengalami sakit dan cubalah menghindari dari mempunyai anggapan buruk seperti ‘saya selalu sakit pada waktu-waktu begini setiap tahun’. Sebaliknya, anda cuba menterbalikkannya dan cuba fokus kepada kekuatan anda serta bagaimana rasanya ketika anda menggunakannya. Dengan secara perlahan-lahan nanti anda akan menyedari bahawa dengan berfikiran positif adalah jauh lebih baik daripada memiliki fikiran yang negatif.

extenze

P/S : Adakah anda berasa amat sukar untuk ajak isteri bersama menikmati hubungan di ranjang? Adakah hubungan seks bersama isteri anda selama ini selalu dingin? Anda tahu apa sebab-sebabnya? Tidakkah anda mahu mengubahkannya agar hubungan intim anda kembali normal dan indah seperti sewaktu di awal-awal perkahwinan dahulu? Bertindaklah sekarang! InsyaAllah dengan mengamalkan herba ini segalanya akan berubah dan hubungan rumahtangga anda akan kembali lebih sensasi. Ingin mencubanya KLIK DI SINI. Ramai pelanggan saya ternyata amat berpuas-hati! Wallahualam

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/