Petua Tambah Berat Badan

Petua Tambah Berat Badan
Petua Tambah Berat Badan

Petua Tambah Berat Badan

Ramai yang mencari kaedah atau petua untuk kurangkan dan tambah berat badan. Bahkan, kalau ikut statistik nie antara petua paling kerap dibaca ialah petua kuruskan badan. Tapi uols tahu tak bahawa ramai juga orang yang ada berhadapan masalah tak cukup berat? Bukan terlebih muatan, tapi tak cukup..! Badan sekepiang gitu..hehe… sampai kekadang orang kata tak cukup zat pula.. aduhai…

Pada masa yang sama, tentu saja ramai yang memuji.. mungkin ada kawan-kawan yang cemburu sebab body kita ala-ala model gitu. Walhal, kalau nak diikutkan kebanyakannya tu bukannya amalkan exercise dan berdiet pun. Makan takde pantang-pantang, ikut selera lidah jer… siap tambah dua tiga kali pulak tuh..  hehe..

Kata orang, orang yang biasanya makan takde pantang-pantang tapi badan tetap slim nie selalunya sebab kadar metabolisme nya tinggi. Sedap tulah diaorang nie makan banyak mana pun, body akan tetap maintain jer. Ada yang ‘mulut jahat’ buat pulak citer yang si polan ni (yang makan banyak tapi badan tetap kurus) sebenarnya bela hantu raya.. cheh…! Cemburu lah tu..!!

Anyway, mungkin ada di antara uols yang berbadan ‘langsing tak ingat’ nie sedang tercari-cari petua nak tambah berat badan sikit.  Maklum lah bila dah kurus sangat nie nampak macam tak segak pula bila bergaya. Kekadang tu pulak sedar tak sedar terbeli baju saiz budak sebab badan memang dah saiz kecik. Mungkin dah bermacam cara dicuba tapi berat badan masih tak naik-naik…  Maka dengan itu, hari nie admin nak kongsi satu petua tambah berat badan.

Petua Tambah Berat Badan

Bagi sesiapa yang ada masalah untuk tambah berat badan sebaiknya elok pergi check doktor. Bukan kita pergi periksa doktor tu, tapi minta doktor tolong check apa yang tak kena dengan badan kita. Manalah tahu kan kot-kot sebab banyak sangat cacing kat dalam badan tuh. Tapi kalau dah pun berjumpa doktor, dah tu doktor kata tak ada apa-apa masalah pun ngan badan korang… mungkin boleh dicuba petua tambah berat badan kat bawah nie..

Amalkan minum air nasi sebanyak dua kali sehari untuk tambah berat badan. Caranya ialah bila masak atau tanak nasi tu, bila air dalam periuk nasi tuh dah mendidih, cedok airnya lebih kurang satu gelas. Biar air nasi tuh menyejuk dengan sendiri dan minum airnya setiap pagi dan petang.

Kalau rasa air tuh cam tawar sangat, korang boleh tambah sikit gula untuk menambah perisanya.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/