Punca Dan Rawatan Resdung

Punca Dan Rawatan Resdung
Punca Dan Rawatan Resdung

Punca Dan Rawatan Resdung

Penyakit sinusitis atau lebih dikenali sebagai penyakit resdung di kalangan masyarakat kita hari ini. Untuk kepastian jumpalah doktor, minta doktor jalankan sinaran-x untuk pengesahan kerana jika ia bukan resdung ia mungkin adalah kanser. Kesan resdung ini bukan sahaja boleh menjejaskan hidung anda malah tekak, peti suara dan telinga tengah juga turut menerima kesan ketidakselesaan. Kadang-kadang gatal pada keseluruhan muka.

Adakah anda kerap bersin, batuk, tidak bermaya, gatal-gatal dibahagian mata, hidung atau telinga serta selalu rasa tidak enak badan? Kadang-kadang hidung merah dan berair selalu, demam melanda walaupun sudah mengambil ubat-ubatan. Sakit pada bahagian kepala setiap kali bangun tidur di awal pagi dan rutin harian anda turut rasa terganggu. Tahukah anda itu merupakan tanda-tanda anda menghidapi penyakit sinusitis.

Sinus adalah rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil. Sinus terletak pada bahagian muka, pipi di bawah mata, di antara dua muka, sedikit di belakang hidung dan meliputi bahagian dahi seseorang. Fungsi sinus secara teorinya ialah untuk meringankan tengkorak selain memainkan peranan dalam degungan suara.

Resdung boleh terjadi kerana rerambut halus silia di dalam sinus gagal menyempurnakan tugasnya iaitu membantu pengaliran lendiran mukus ke bahagian yang sepatutnya. Apabila saluran sinus tersumbat maka wujudnya pembiakan bakteria yang menyebabkan berlaku bengkakkan dalam hidung juga dikenali sebagai radang hidung yang menyebabkan berlaku alahan.

Walaupun resdung tidak akan menjadi kanser (mempunyai gejala yang hampir sama dengan resdung), rawatan masih lagi diperlukan kerana jika tidak dirawat segera ia boleh memberi kompilasi kepada otak. Serangan resdung akan berulang kembali walaupun sudah reda selepas mengambil ubat-ubatan. Sesetengahnya sehingga terpaksa melakukan pembedahan apabila resdung sudah mencapai tahap kronik. Akan tetapi gejala alahan tetap akan berlaku selepas pembedahan dan hanya boleh dikawal dengan pengambilan ubat-ubatan.

Cara terbaik mencegah serangan resdung adalah dengan menghindar gejala-gejala resdung.

Antara gejalanya ialah:

  • Hidung selalu tersumbat, kerap bersin atau gatal hidung, telinga dan mata
  • Keluar cecair atau lendir dari hidung dan terasa lendir di tekak
  • Muka terasa sakit dan gatal terutamanya pada bahagian mata
  • Sakit tekak yang berpanjangan atau berulang-ulang
  • Demam atau rasa tidak sihat sepanjang mengalami gejala-gejala di atas

Punca Resung:

  • Susunan tulang dalaman hidung yang sempit
  • Hidung bengkak
  • Mandi atau terjun di dalam air kotor
  • Jangkitan gigi atas
  • Ketumbuhan di dalam hidung
  • Objek dimasukkan dalam hidung seperti putik kapas, manik atau kertas
  • Tisu belakang hidung yang bengkak biasanya terjadi pada kanak-kanak

Kompilasi resdung:

  • Jangkitan nanah keliling mata
  • Jangkitan pada otak (meningitis)
  • Sakit tekak yang kronik
  • Jangkitan tulang muka
  • Memburukkan keadaan pesakit asma atau lelah
  • Mengalami masalah berdengkur yang kronik
  • Jangkitan pada telinga dan tonsil
  • Alahan hidung dan hidung menjadi sangat sensitif
  • Selsema biasa yang melarat

Faktor peningkatan resdung:

  • Aktiviti menyelam dan berenang boleh meningkatkan risiko resdung
  • Merokok pula dikenalpasti sebagai pencetus radang hidung

Rawatan untuk resdung atau cara mengurangkan resdung:

  • Mengambil ubatan selsema dengan arahan doktor-biasanya memberikan kesan mengantuk
  • Mengambil antibiotik yang disarankan oleh doktor-antibiotik adalah cara yang kurang digalakkan
  • Ubat titis atau semburan yang disarankan doktor
  • Pembedahan yang disyorkan oleh doktor
  • Pengambilan vitamin dan kolagen juga boleh meredakannya

Bagi mengurangkan dan menghilangkan resdung anda boleh mencuba Gluta Collagen Berrys yang kaya dengan pelbagai vitamin dan collagen.

glutaberr1

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/