Rahsia Kebahagiaan Rumahtangga

rahsia kebahagiaan rumahtangga

rahsia kebahagiaan rumahtangga

Apakah yang menjadi rahsia kebahagiaan rumahtangga bagi setiap pasangan suami isteri itu menjadi harmoni dan hidup berkekalan hingga ke akhir hayat? Sudah tentu ada panduan, tips atau cara-caranya yang boleh diikuti kerana untuk membina sebuah keluarga yang harmoni bukanlah boleh terbina dengan sendirinya.

Hidup bersama menuntut suami dan isteri saling berganding bahu berusaha, bersusah-payah dan melakukan pengorbanan demi kebahagiaan rumahtangga. Pendek kata, kedua-dua belah pihak harus saling faham-memahami, saling bantu-membantu dan bertolak-ansur antara satu sama lain. Si suami kena tahu tugas, peranan dan tanggungjawabnya. Begitu juga dengan si isteri. Jadi, masing-masing kena tunaikan hak kepada pasangan masing-masing.

Entri kali ini admin ingin berkongsikan beberapa tips, rahsia, panduan atau petua bagaimana rumahtangga yang dibina itu boleh menjadi sentiasa bahagia dan harmoni. Sila baca dan amalkan :

1. Menukar Paradigma Kolot

Sentiasa berfikiran positif seperti selalu membayangkan rumahtangga dihiasi dengan suasana romantik, kasih sayang dan penuh hilai tawa apabila berada disamping keluarga. Anggaplah ia sebagai suatu tuntutan dan kemestian.

2. Niat Perkahwinan Yang Baik

Apabila setiap pasangan mempunyai tujuan atau niat berkahwin yang baik sudah pasti kebahagiaan menjadi milik mereka. Perbanyakkanlah berdoa kepada Allah agar kehidupan berumahtangga sentiasa dipelihara oleh-Nya.

3. Anggap Pasangan Sebagai Sahabat Sejati

Sentiasa menganggap pasangan anda merupakan seorang sahabat yang rapat dan akrab. Hubungan kalian berdua bukanlah sekadar menjadi suami isteri sahaja tetapi jadikanlah ia sebagai untuk kamu meluahkan segala permasalahan dan dapat diselesaikan secara bersama tanpa ada rasa malu yang melampau.

4. Memaafkan Kesalahan Pasangan

Memang tidak dapat dinafikan setiap pasangan kita melakukan kesalahan. Namun janganlah kamu berasa terlalu marah dalam memperbetulkan kesilapannya. Sebaliknya jadilah pasangan yang terlebih dahulu memaafkan segala kesilapan yang dilakukan olehnya. InsyaAllah jika anda berkorban demi untuk menjaga hati dan perasaan orang lain nescaya perhubungan rumahtangga anda menjadi lebih harmoni.

5. Buangkan Sifat Dendam dan Benci-membenci

Seperti yang terdapat di bait-bait lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang berbunyi, “Perkara lama jangan dikenang..”. Jadi itulah hakikat yang mesti kita terima bahawa dengan memiliki perasaan benci-membenci dan dendam adalah amat merugikan dan seterusnya menjejaskan hubungan rumahtangga suami isteri.

6. Maniskan Senyuman Dalam Kehidupan

Perkara yang percuma dan amat mudah ini amat jarang dilakukan oleh semua orang iaitu senyuman. Jadikan amalan memberikan senyuman manis di antara pasangan ketika pergi dan pulang dari kerja kerana ianya amat berkesan dalam mengeratkan hubungan. Banyakkan juga amalan seperti sentuhan atau usapan di tangan, kepala, badan dan sebagainya.

7. Indahkan Hubungan Melalui Teknik Komunikasi Berkesan

Hubungan yang terjalin menjadi semakin indah jika ianya dapat diterjemahkan melalui cara atau teknik komunikasi yang berkesan. Misalnya dengan memperbanyakkan kata-kata nasihat dan pujian asalkan ianya tidak sampai menyinggung hati perasaan pasangan. Melalui cara ini dapat mewujudkan suasana yang romantik dan hidup anda penuh dengan suasana kasih-mengasihi.

8. Jangan Malu dan Simpan Perasaan Terpendam

Sikap jujur dan berterus-terang penting dalam menjaga perhubungan romantik. Jangan suka menyimpan atau berasa malu untuk meluahkan apa sahaja perkara yang anda rasakan penting untuk dikongsikan bersama. Mungkin pasangan tidak tahu apa yang anda tahu dan pasangan anda tahu tetapi anda tidak tahu. Maka berterus-teranglah!

9. Jangan Kedekut Memberi Penghargaan

Sebagai isteri sudah tentu dia akan berasa bahagia apabila suaminya sentiasa menghargai akan apa segala yang dia lakukan. Begitulah sebaliknya. Jadikan amalan memberi penghargaan antara sesama pasangan ini sebagai suatu kewajiban kerana admin percaya ianya memang jarang dan sukar untuk dilaksanakan tetapi sebenarnya mudah bukan? Aktiviti penghargaan seperti mengajak isteri ‘candle lite dinner” bersama, memberikan hadiah, ciuman dan sebagainya adalah amat baik demi kelestarian hubungan rumahtangga anda.

10. Jalan Bersama Macam Pasangan Muda Berkahwin

Apabila kamu keluar berjalan, bersantai tidak kira ke mana sekalipun, berpeganglah tangan bersama-sama supaya dapat memberikan keyakinan, merangsang emosi dan menghangatkan lagi suasana romantik dalam kehidupan suami isteri.

11. Saling Nasihat-menasihati Antara Satu Sama Lain

Kehidupan akan menjadi lebih bermakna apabila masing-masing saling tegur-menegur jika terdapatnya sebarang kesilapan atau kesalahan yang boleh mengganggu-gugat perhubungan. Tegurlah secara berhemah. InsyaAllah pasangan anda mudah untuk menerima segala pandangan dan nasihat yang dilontarkan demi untuk kebaikan bersama.

12. Beri Kebebasan Tetapi Ada Batasannya

Sebagai seorang ketua keluarga atau pun isteri sekalipun, janganlah pula ada di antara anda memiliki sikap suka mengongkong kebebasan antara satu sama lain. Setiap pasangan punyai hak untuk bersosial bersama rakan-rakan dan masyarakat tetapi mestilah ada hadnya.

13. Lakukan Kerja Secara Bersama-sama

Sentiasa beringat bahawa setiap apa kerja yang dilakukan hendaklah dilaksanakan secara bersama-sama. Jangan meletakkan beban hanya pada seorang individu sahaja. Kerja-kerja rumah sebenarnya merupakan kerja yang harus dilakukan secara kolektif.

14. Mendidik Anak-Anak Dengan Penuh Kasih Sayang

Adalah menjadi tanggung-jawab pasangan suami isteri untuk memberikan didikan yang sempurna dalam membesarkan anak-anak. Binalah kehidupan mereka bagaikan menatang minyak yang penuh dengan kasih dan sayang. InsyaAllah apabila anak-anak sudah dewasa mereka akan menghargai akan pengorbanan ibu bapanya.

15. Lakukan Hubungan Seks Secara Kerap Tetapi Berkualiti

Perkara terpenting yang patut diberikan perhatian utama oleh para suami isteri ialah hubungan seks. Dengan hanya melalui hubungan seksual yang sempurna dan sihat sahaja dapat mengekalkan keseimbangan dan seterusnya menambahkan suasana romantik serta kasih sayang di antara suami isteri.

rahsia kebahagiaan rumahtangga

P/S : Adik kecil suami anda asik layu dan cepat pancut? KLIK SINI Apa guna jadi lelaki atau suami jika adik tidak boleh berdiri? KLIK SINI

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/