Sakit Kepala

Sakit Migrain
Sakit Kepala

Sakit Kepala

Pernahkah anda merasa sakit kepala yang teramat sangat di belah kanan, kiri atau belakang? Nampaknya anda telah diserang migrain yang berlaku apabila salur darah di kepala mengembang dan gentian saraf merembeskan bahan kimia yang tidak diperlukan badan.

Migrain adalah sakit kepala yang menyerang menyebabkan kepala merasa berdenyut-denyut sehingga membuatkan seseorang itu tidak dapat meneruskan aktiviti harian atau kerja di pejabat akibat menanggung kesakitan ini. Biasanya orang yang diserang sakit kepala atau migrain ini akan mengambil cuti sakit dan pergi berjumpa doktor untuk dapatkan ubat.

Puncanya

Anda boleh mendapat sakit kepala sekiranya anda:

  • Terdedah dengan bunyi yang bauan yang terlalu kuat termasuk minyak wangi
  • Mengalami tekanan perasaan dan emosi
  • Ada alahan
  • Mengalami pertukaran waktu tidur atau tidur yang tidak mencukupi
  • Merokok atau terdedah dengan asap rokok
  • Tidak makan atau berpuasa tanpa bersahur
  • Minum minuman keras dan mengambil pil hormon

Makanan yang dipercayai boleh menjadi penyebab kepada sakit kepala :

  • Makanan yang mengandungi tyramine seperti ikan salai, hati ayam, wain merah, keju yang lama dan sesetengah kekacang
  • Makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG) atau nitrat seperti bacon danĀ hotdog
  • Coklat, mentega kacang, buah avokado, pisang, sitrus, bawang, hasil tenusu dan jeruk juga dikatakan mampu membuatkan seseorang menghidap migrain sekiranya diambil dengan berlebihan

Cara Mengatasinya

Setiap kali anda diserang sakit kepala atau migrain, parasetamol atau ubat penahan sakit akan diambil dan ini tidak bagus untuk badan terutama sekali sistem saraf dan buah pinggang sekiranya diambil dengan terlalu kerap. Anda perlu atasi masalah ini dengan cara yang semulajadi, seperti:

  • Dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti
  • Minum air dengan banyak dan kerap
  • Jaga pemakanan anda
  • Banyakkan bersenam serta ambil makanan tambahan seperti multivitamin untuk melengkapkan segala nutrien yang kurang dalam badan
  • Hubungan seks yang sihat juga sebenarnya boleh mengatasi masalah ini
  • Jangan lupa untuk sentiasa membuat pemeriksaan mata dan gigi kerana saraf organ-organ ini berkait rapat dengan kepala
  • Boleh membuat rawatan akupunktur atau bekam untuk menyingkirkan toksin di dalam badan anda
  • Jangan merokok dan terlalu terdedah kepada asap rokok

Walaupun cara mengatasinya nampak seperti klise, tetapi gaya hidup teratur sebenarnya boleh membuatkan anda jauh lebih sihat sehingga ke tua!

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/