Sayang Isteri Seadanya

sayang isteri seadanya

sayang isteri seadanya

Sayang isteri selagi ada. Itulah ungkapan yang paling sesuai bagi suami supaya sentiasa bersyukur, mengambil berat dan menyayangi isteri seadanya. Mudah-mudahan dengan perkongsian kisah pendek di bawah ini dapat memberi pengajaran berguna buat pasangan dalam meniti kehidupan rumahtangga yang penuh pancaroba ini.

Kisah ini tiada kena-mengena pada sesiapa baik yang telah mati atau pun yang masih hidup. Admin suka nak gunakan watak Jebat dan Mastura kerana nak tumpang popular sama macam drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang sedang meletop di kaca televisyen. He he.. Jom kita ikuti kisah pendek suami isteri ini.

Jebat dan Mastura merupakan sepasang suami isteri yang cukup bahagia dan romantik sewaktu di usia awal perkahwinan mereka. Pasangan ini telah dinikahkan dan mendapat restu dari keluarga masing-masing namun sayangnya kebahagiaan rumahtangga mereka hanya sekejap sahaja. Jebat merupakan seorang suami yang penyayang dan romantik serta selalu mengambil berat setiap tingkah-laku isterinya. Dan kini Jebat tidak seperti lelaki yang Mastura kenal dahulu. Jebat telah berubah sikap menjadi seorang lelaki yang tidak memahami dan tidak bertanggungjawab. Kalau masa bercinta dan diperingkat awal perkahwinan mereka pasti ada sahaja ruang kasih untuk isterinya.

Hubungan rumahtangga mereka mula semakin renggang dan bergolak apabila mencecah ke usia 5 tahun perkahwinan. Mastura mula berasa kesunyian dan menderita setelah lama tidak mendapat kasih sayang dari suaminya. Mastura mula tidak mendapat keselesaan dan perhatian dari Jebat. Mastura juga tahu lelakinya mahukan cahaya mata sebagai pelengkap sebuah keluarga. Bagi Mastura mungkin dia beranggapan masih belum mempunyai rezeki anak untuk mereka berdua.

Walaupun keadaan derita dan sedih Mastura tetap menabahkan hatinya. Dia masih tidak melupakan tanggungjawabnya sebagai isteri seperti memasak, mengemas rumah dan melayan suami bagaikan gundik yang menyambut seorang raja meskipun dia mendapat layanan yang cukup-cukup hambar dari insan tersayang. Mastura masih kuat dan dia sedar bahawa syurga itu terletak di bawah tapak kaki suami.

Hari semakin hari, keadaan Mastura menjadikan dirinya tidak mengizinkan bagi menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Tahap kesihatannya semakin merosot. Sejak kebelakangan ini Mastura kerap dialami rasa mual, sakit-sakit kepala, lesu-lesu badan, demam dan mudah pitam. Namun semua itu tidak pernah sekalipun dia menceritakan keadaannya kepada suami tersayang kerana dia tahu mungkin suaminya kepenatan dan mungkin tidak akan mendengar rintihan sakit dirinya. Mastura tidak pernah mengeluh dan masih menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri mengemas rumah, menyediakan masakan dan sebagainya agar tidak dimarahi oleh suaminya nanti. Seperti biasa jam 12.00 tengahari suaminya akan pulang ke rumah untuk makan tengahari. Berdetik jam 12.00 tengahari, suaminya akan pulang untuk makan tengahari dan dengan lantas Mastura kuatkan tenaganya bingkas bangkit dari sofa menuju ke dapur untuk mengeluarkan bahan-bahan untuk memasak. Mastura tahu suaminya amat suka makan lauk kegemarannya iaitu ayam masak lemak cili api. Sejurus selesai habis memasak kedengaran bunyi telefon berdering lagu Rabiatul Adawiyah di telefon bimbit Mastura yang tertera ‘My Hubby’ lantas diangkatnya.

pewangi pemikat lelaki

Pewangi Pemikat Lelaki KLIK SINI UNTUK INFO

“Assalamualaikum abang..”

“Mas.. abang nak beritahu ni.. hari ini abang tak balik.. abang kena outstation..”

“Abang tak nak balik makan dulu ke? Mas dah masakkan untuk abang ni..” Mas bertanya.

“Abang tak ada banyak masa ni.. abang pergi dulu.. Bye!”

Telefon dimatikan oleh Jebat. Mastura merenung skrin telefon yang baru sahaja dimatikan dengan wajah dan perasaan hampa. Sayu sungguh hatinya. Mastura hanya mampu bersabar dan berdoa agar dipermudahkan segala urusan perjalanan suaminya. Kebetulan juga Mastura benar-benar tidak berapa sihat hari ini. Kepalanya yang pening sehingga tidak mampu untuk berdiri dengan lama. Pitam bila-bila masa sahaja boleh datang. Lalu Mastura bergegas masuk ke biliknya bagi melelapkan matanya sebentar.

Tidak lama kemudian jam sudah menunjukkan pukul 8.00 malam. Kedengaran bunyi deruman enjin kereta masuk ke perkarangan rumah. Mastura pasti dapat mengagak pasti suaminya sudah pulang dari outstation. Lantas dia bingkas bangun menuju keluar dan menyambut suaminya di hadapan pintu dengan berpakaian kemas.

“Abang dah balik”.. sambil mengambil beg bimbit Jebat dan terus menyalami tangan suaminya. Jebat tidak menyahut sepatah pun suara. “Abang…, Mas dah sediakan juadah untuk abang.. Jom kita makan bersama.. dah lama Mas tak makan semeja bersama abang..”. “Mas masak masak apa?. Hari ini Mas ada masakkan ayam masak lemak cili api, makanan kegemaran abang. Lagipun Mas tak berapa sihat lah bang.” “Ahhh!!! Ada saja alasan kau! Kalau dah jadi isteri jalankanlah tanggungjawab kau dengan betul. Aku bagi kau duit kalau tak cukup masaklah sedap-sedap sikit. Baik aku makan luar jer dengan kawan-kawan aku”. Jebat mula meninggikan suara.

Berjurai sedikit demi sedikit air mata Mastura tatkala mendengar jawapan Jebat.

“Mas minta maaf abang, lain kali Mas masakkan lauk banyak-banyak dan sedap-sedap untuk abang ya”.

“Pandai la kau menjawab ya..”

“Abang, kenapa abang layan Mas macam ni rupa? Apa dosa dan salah Mas pada abang? Abang dah nampak lain dah sekarang ni?

“Kau nak tahu apa sebabnya? Sebab kau ni mandul! Tak boleh bagi aku cahaya mata. Aku nak anak!”

“Ya Allah abang kan kita sekarang ni sedang sama-sama berusahakan.. Mungkin belum ada rezeki untuk kita.”

“Kau ni sekarang dah pandai menjawab ek! Ada je jawapan yang menyakitkan hati aku!”.

PAAAAANNNNGGGGG!!! Setepik tamparan singgah di pipi kanan Mastura. Mastura terjatuh lalu pengsan dan tidak sedarkan diri. Jebat mula kaget dan gelabah akan tindakannya sehinggakan menyebabkan isterinya pengsan. Ada darah mengalir sedikit di bibir dan paha Mastura. Jebat dengan penuh perasaan gelabah terus bergegas mengangkat Mastura dan membawanya ke hospital. Setibanya di hospital, Mastura telah dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Setelah hampir 3 jam menunggu akhirnya keluar kelibat doktor yang merawat Mastura. Jebat tergesa-gesa terus meluru ke arah doktor.

“Doktor, bagaimana keadaan isteri saya? Jebat bertanya.

“Oh.. isteri awak sekarang dalam keadaan lemah dan dia banyak kehilangan darah dan juga air. Saya nasihatkan dia supaya banyak berehat dan yang paling penting kandungan di dalam perutnya masih boleh diselamatkan lagi. Mujur awak cepat-cepat hantar ke hospital jika tidak berkemungkinan besar awak akan kehilangan kedua-dua orang yang awak sayang.

“Doktor, isteri saya mengandung ke? tanya Jebat.

“Ya, kandungannya dah berusia 3 bulan, tak kan awak tak tahu???” jawab doktor.

Rasa terharu, sayu dan berbaur sebal Jebat sejenak. “YaAllah, apa yang telah aku lakukan terhadap isteriku selama ini.” Jebat bercakap sendirian. Tidak lama selepas itu Jebat terus melawat Mastura di wad. Bekas tamparan di pipi Mastura jelas masih kelihatan. Rasa menyesal mula hadir di hati Jebat. Jebat terus mencium tangan dan mencium dahi isterinya seraya berkata “Maafkan abang sayang… Abang minta maaf, memang abang banyak buat salah kepada sayang.. abang abaikan sayang.. Abang minta maaf yang,,”

“Abang… Mas tetap cinta dan sayangkan abang hingga dunia akhirat. Sedikit calar di hati Mas sekalipun masih boleh terubat jika abang masih menyayangi saya. Mas dah lama maafkan abang”. Begitu luhur dan sucinya hati Mas mengeluarkan kata-kata terhadap suaminya yang tercinta.

spanish gold fly

P/S : Sila LIKE dan SHARE jika kisah di atas bermanfaat untuk dikongsikan bersama rakan-rakan anda. Semoga kita mendapat pengajaran yang baik dari kisah tersebut. Wallauhualam.

Sayang isteri? Jadi berikan hadiah untuk isteri anda tersayang hari ini juga! KLIK SINI

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Sayang Isteri Seadanya”

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/