Seks Ketika Dalam Haid

Seks Ketika Dalam Haid
Seks Ketika Dalam Haid

Seks Ketika Dalam Haid

“ Bolehkah kita melakukan hubungan seks bersama isteri ketika isteri sedang haid? Bagaimana pula jika saya ingin melakukan seks oral‘ ketika isteri saya haid. Adakah ia dibenarkan? Ini kerana kadang-kala memang saya tidak dapat menahan nafsu saya untuk mengadakan seks bersama isteri, tapi ketika itu dia sedang didatangi haid. Kecewa saya 

 Sebelum menjawab persoalan di atas ini yang datang daripada pembaca Petua Bahagia, mari kita fahamkan terlebih dahulu satu ajaran yang telahpun digariskan agama suci Islam kita. Islam sememangnya tidak menghalang malah menyatakan bahawa hubungan seks itu merupakan suatu ibadah yang dituntut bagi pasangan yang telah bernikah sahaja. Yang dah kahwin je ye.

Tapi, Islam amat tegas melarang bagi pasangan suami isteri untuk melakukan hubungan seks melalui lubang dubur atau seks anal (lubang najis ‘belakang’) dan ketika isteri datangnya haid. Pendek kata, seks ketika haid dalam Islam sememangnya diharamkan. Oleh itu, bagaimana untuk mengatasi masalah ini jika si suami ingin benar-benar melakukan hubungan seks ketika si isteri sedang haid?

Jawapannya ialah ‘seks secara oral’. Seks oral bermaksud menggunakan mulut dan lidah untuk merangsang anggota tubuh seksual suami sehingga dia mencapai kepuasan. Seks oral dilakukan oleh pasangan suami isteri tanpa melibatkan hubungan persetubuhan penetrasi zakar ke dalam faraj isteri.

“Dan orang-orang yang memelihara kemaluannya kecuali terhadap isterinya atau hamba sahayanya, mereka yang demikian itu tidak tercela. Tetapi sesiapa mahu selain yang demikian itu, maka mereka itu adalah orang-orang yang melampaui batas,” (Surah Al-Mukminun: 57)

Ya, seks oral ini sememangnya dibenarkan. Tanpa ada sebarang larangan untuk dilakukan oleh pasangan suami isteri. Asalkan ia mendapat persetujuan dan isteri anda selesa dengan perlakuan ini. Ia seharusnya tidak memberi kesakitan kepada kedua-dua belah pihak.

*Tapi ingat! Jangan mendekati bahagian faraj isteri ketika dia sedang haid. Bahagian lain tak mengapa.

Untuk melakukan aktiviti seks oral ini agar ianya boleh menjamin tahap kesihatan anda dan isteri anda, pastikan:

  • Bersihkan terlebih dahulu anggota-anggota sulit anda dan isteri sehingga benar-benar bersih
  • Pastikan mulut anda bersih dan bebas daripada sebarang kekotoran serta kuman. Boleh gosok gigi anda terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti seks oral ini
  • JANGAN sesekali dan pastikan anda tidak menggigit anggota sulit pasangan anda. Ini bagi mengelakkan sebarang kecederaan yang mungkin boleh berlaku

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/