Seks Ketika Isteri Hamil

seks ketika isteri hamil

seks ketika isteri hamil

Seks ketika isteri hamil tiada larangannya dalam syariat asalkan suami mengetahui keadaan kesihatannya itu benar-benar sihat, selamat dan baik. Sedangkan yang dilarang syariat adalah ketika bersetubuh itu dilakukan pada saat wanita berada dalam keadaan haid atau nifas, sebagaimana Firman Allah SWT :

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الْمَحِيضِ قُلْ هُوَ أَذًى فَاعْتَزِلُواْ النِّسَاء فِي الْمَحِيضِ وَلاَ تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّىَ يَطْهُرْنَ فَإِذَا تَطَهَّرْنَ فَأْتُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ أَمَرَكُمُ اللّهُ إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ

Ertinya : “Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah: “Haid itu adalah suatu kotoran”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haid; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci, Maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri,” (QS. Al Baqarah : 222).

Sesungguhnya Islam itu tidak menyusahkan. Begitu pula dengan urusan di tempat tidur termasuklah ketika isteri sedang mengandung atau hamil. Namun tentu saja, pelaksanaannya agak berbeza dibandingkan dengan ketika keadaan isteri biasa sahaja.

Dalam sebuah hadis tentang berhubungan saat wanita sedang haid disebutkan : “Lakukanlah (apa saja) kecuali nikah (memasukkan zakar lelaki ke dalam faraj wanita).” – Hadis Riwayat Bukhori

Jumhur ulamak berpendapat bahawa diharamkan bagi suami menyetubuhi (memasukkan alat kelaminnya ke dalam alat kelamin isteri) yang sedang dalam keadaan haid dan dibolehkan baginya bersenang-senang dengan bahagian tubuh yang ada di antara pusar dan lutut sebagaimana Firman Allah SWT, “Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haid.” (QS. Al-Baqarah : 222)

Namun apabila keadaan isteri yang sedang hamil itu tidak sihat atau memiliki riwayat kehamilan sebelumnya, seperti pernah mengalami keguguran, pendarahan selama berhubungan atau kelahiran dini maka ada baiknya untuk berhati-hati apabila mahu melakukan persetubuhan.

Dan jika persetubuhan itu membawa mudarat (bahaya) buatnya maka ada baiknya untuk tidak melakukan persetubuhan dahulu kerana bagi menghindari isteri menjadi lebih tertekan atau bimbang boleh membawa bahaya pada kesihatannya sebagaimana Firman Allah SWT,

وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُو

Ertinya : “dan bergaullah dengan mereka secara patut, ” (QS. An-Nisaa : 19)

Dalam menggauli isteri yang sedang hamil hendaklah seorang suami melakukannya dengan tenang, perlahan-lahan, tidak kasar, memerhatikan keadaan kejiwaannya dan juga mencari posisi perhubungan yang tepat terutama ketika usia kehamilan masih muda atau sudah tua (menjelang kelahiran).

Jika memang mahu melakukan seks ketika isteri hamil tua boleh mendatangkan ancaman bahaya terhadap janin kerana mungkin boleh menyebabkan berlakunya keguguran maka adalah lebih baik anda menangguhnya dahulu persetubuhan tersebut sehinggalah selesai isteri anda melahirkan anak. Wallahualam.

seks isteri hamil

P/S : Adakah suami anda dingin seks dan tidak mampu main lama ketika melakukan hubungan intim? InsyaAllah setiap penyakit ada ubatnya. Apabila ubat tepat mengenai penyakitnya, maka akan wujud kesembuhan dengan izin Allah. Berindaklah sekarang! KLIK SINI

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/