Sertu

Sertu
Sertu

Sertu

Disebabkan nak sangat cari kasut New Balance.. admin terpegang material NB “kulit babi” , bro….???so hari ni terpaksa lah admin sertu. mula mula rasa macam confuse jugak dengan hukum hukum dia , so bila dah buat research , baru tahu .

Hukumnya haram tetap haram. even tak sengaja, tetap kena bersihkan iaitu dengan sertu. sebab kita dah tahu. tak kisah la tangan masa tu kering atau basah. ada ulama cakap najis anjing tak pe pegang kalau kering. tapi ada sesetengah ulama cakap tetap perlu sertu. tapi yang penting najis babi memang wajib, pasal dia najis paling berat..  bohhh berat 66..najis mughallazah.

Makna Sertu

Sertu tu apa ? sertu tu means bersihkan la . selalu orang cakap samak kan . sebelum ni pun aku panggil samak . tapi rupanya samak tu word untuk bersihkan kulit binatang . kalau nak bersihkan najis dari tubuh kita word yang paling sesuai adalah sertu .
and admin jugak musykil pasal hukum if tangan kita dah terpegang kulit babi , then , kita pegang pulak tempat lain . macam admin semalam , admin pegang tu dekat mall . so memang tak boleh la nak bersihkan terus . lepas tu aku pegang beg pegang phone pegang purse , garu muka , siap pergi makan sushi lagi . tapi mmm lagipun admin terpegang pakai tangan kiri . so tanpa rasa bersalah terus pergi mencekik .

So hukumnya , kita just kena bersihkan bahagian badan yang terkena najis . so tempat tempat yang admin pegang lepas tu tak perlu lah . phew ~ kalau tak memang abesla admin kena celup satu badan la dalam air tanah.

Cara-Cara Sertu

Air pun aku tak sure nak kena tambah banyak mana , so aku just ambil nisbah 1:1 cukup la untuk basuh dua belah tangan .
then untuk air mutlak admin just basuh tangan dekat sink enam kali . beres . kalau rasa tak bersih lagi , perlu basuh guna air mutlak lagi dan lagi sampai hilang bau , rasa , dan warna . sebab admin just pegang kasut kulit babi , so tak melekat sebarang bau rasa atau warna . so admin just basuh macam tu jelah . siyes weh , lepas basuh tu kan , tangan admin rasa bersih gila . lagi bersih dari basuh pakai sabun dettol . rasa macam lepas ni mandi tak nak la dah pakai sabun. nak mandi pakai air tanah je . hahhahah✌🏾.so kawan-kawan, bila pi cari kasut tu kena hati-hati jangan main pegang je tanya dulu kat pekerja kedai tu…terutama kat Singapore ni hahaha ….selamat beribadat yang baik kita jangan simpan sebar-sebarkan lah ye..

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/