Status Hubungan

Status Hubungan
Status Hubungan

Status Hubungan

Menyembunyikan status hubungan untuk seseorang itu mengakui dirinya sama ada bujang, sudah berkahwin, janda, duda adalah perkara yang bersifat terlalu peribadi. Namun masyarakat sekarang mudah menjatuhkan hukum dan memandang serong jika seseorang itu menyembunyikan status hubungan.

Sebagai seorang yang matang kita harus bersikap profesional dengan orang di sekeliling kita. Bagi kita mungkin status hubungan itu tidak perlu disorokkan tetapi bagi sesetengah orang pula status hubungan itu terlalu peribadi dan tidak harus didedahkan. Ada orang yang ingin melupakan kisah silam mereka dengan cara menyembunyikan status hubungan.

Artikel kali ini admin ingin kongsikan 5 sebab mengapa seseorang itu menyembunyikan status hubungan bagi mengelak diketahui umum.

1. Curang
Tanpa penghebahan mengenai status hubungan, ianya mungkin antara sebab untuk seseorang itu berlaku curang. Status bujang di mata umum membolehkan sang suami untuk bermain mata dengan wanita lain di luar sana. Mungkin isteri berada di luar daerah atas tuntutan kerja dan belajar.

2. Hormati Privasi
Pada mereka yang sememangnya sukakan privasi, mereka tidak akan menghebahkan walau sedikit pun mengenai hal diri. Mereka yang private tidak senang akan perhatian yang diterima, sebaliknya lebih suka mendiamkan diri tanpa perlu memikirkan pandangan orang lain. Mungkin sebab itulah sesetengah orang bertindak merahsiakan status hubungan mereka. Untuk mengelakkan dari berhadapan dengan kritikan yang mungkin membuatkan mereka berasa tidak selesa.

3. Elak Salah Sangka
Di zaman teknologi ini, setiap gerak-geri yang ditunjukkan di media sosial boleh mendatangkan salah-sangka. Kadangkala sikap keterbukaan diri yang ditunjukkan boleh menjadi batu fitnah yang akhirnya memakan diri. Sikap orang ramai yang sentiasa berfikiran negatif pula menambah kepada kemaslahatan. Sesuatu perkara yang baik boleh disalah erti, menjadikan sesetengah pasangan memilih untuk merahsiakan status hubungan mereka.

4. Tidak Penting
Kadangkala pasangan kita merasakan pengisytiharan status hubungan kepada umum merupakan sesuatu yang tidak penting. Mereka lebih gemar jika ianya menjadi sesuatu yang hanya hak milik mutlak mereka.

5. Penipu
Jika pasangan memberikan alasan bahawa mereka mahu privasi dihormati dengan menyorokkan status hubungan, pernahkah anda terfikir bahawa ia juga adalah antara suatu bentuk penipuan? Kenapa perlu menyusahkan diri dengan menipu kepada setiap orang yang bertanyakan mengenai status hubungan anda serta suami? Adakah ini bermakna bahawa si dia juga menipu dalam banyak perkara? Atau si dia tidak cintakan anda sepenuhnya untuk mengaku hubungan anda berdua? Ingatlah bahawa kejujuran merupakan tiang kepada sebuah perhubungan.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/