Tips Jadi Suami Terhebat

tips menjadi suami terhebat

tips menjadi suami terhebat

Menjadi suami terhebat bukanlah sesukar mana pun asalkan anda ada kemahuan, semangat dan iltizam yang tinggi dalam memberikan kasih sayang yang secukupnya demi kebahagiaan rumahtangga. Suami bukan sahaja berperanan menjadi ketua atau pemimpin dalam keluarga malah lebih dari itu sebenarnya.

Oleh itu, jika anda ingin menjadi seorang suami yang terhebat di bawah ini terdapat beberapa tips barangkali dapat membantu anda supaya menjadi lebih hebat dan sekaligus makin disayangi isteri. Jom kita teruskan pembacaan!

Tips 1 – Menjadi Imam Ketika Mengerjakan Solat

Sifat kepimpinan suami jelas dapat dilihat dan diterjemahkan dengan jelas sekiranya anda mampu menjadi imam dalam mengerjakan solat bersama isteri serta anak-anak. Secara tidak langsung, perasaan hormat isteri terhadap anda akan menjadi lebih baik kerana kredibiliti yang anda tunjukkan. Mampu menjadi imam dalam solat adalah tanda bahawa anda mampu untuk memimpin isteri dan anak-anak ke arah yang lebih baik yang sememangnya dituntut dalam agama.

Tips 2 – Membimbing Keluarga Mengenai Ilmu-ilmu Agama

Pada zaman yang serba moden ini, keruntuhan akhlak dan moral dikalangan remaja semakin menjadi-jadi. Kes-kes perceraian dan keretakan rumahtangga turut dilaporkan meningkat. Kebimbangan ini merupakan satu cabaran kepada bakal suami dan suami untuk membimbing keluarga dengan ilmu-ilmu agama. Kebanyakan di antara kita hari ini mampu menyediakan peralatan hiburan di rumah tetapi gagal pula untuk mengajarkan ilmu-ilmu agama untuk isteri serta anak-anak. Carilah guru atau orang yang mahir dalam ilmu keagamaan agar dapat membimbing kita dan keluarga sekiranya kita tidak mampu.

Tips 3 – Pandai Memasak

Suami yang hebat selain rajin membantu isteri memasak di dapur juga adalah dikalangan mereka yang pandai memasak. Jarang kita dapat lihat suami zaman sekarang pandai memasak jika mahu dibandingkan dengan generasi-generasi terdahulu. Janganlah kita hanya tahu pandai makan air tangan isteri sahaja kerana sebenarnya isteri anda akan lebih menyayangi anda sekiranya anda pandai memasak. Air tangan suami juga mampu mengeratkan hubungan antara suami isteri dan juga anak-anak.

Tips 4 – Suami Yang Matang

Ramai suami tampak matang sebelum mendirikan rumahtangga tetapi pada hakikatnya tidak setelah mereka berkeluarga. Suami perlulah lebih bijak dan matang dalam membuat keputusan kerana si isteri tetap akan meminta pandangan dari suami walaupun dia mungkin dapat membuat keputusan terhadap sesuatu perkara.

Tips 5 – Suami Yang “independent’

Suami yang pandai menguruskan diri sendiri tanpa meminta bantuan dari isteri. Jangan hanya mengharapkan isteri anda sahaja untuk membasuh pakaian dan menggosok baju kerana ada waktunya mungkin isteri kita tidak dapat melakukan semua itu. Lebih-lebih lagi kepada isteri yang berkarier. Oleh itu, ringankanlah tulang 4 kerat anda itu untuk membantu isteri dan tindakan anda itu akan kelihatan comel dan romantik di mata isteri. Cubalah! Pasti isteri kagum dan semakin sayang dengan anda.

Tips 6 – Mempunyai Prinsip dan Pendirian

Suami seharusnya tidak boleh kelihatan begitu lemah dengan hanya mendengar dan mengikut apa sahaja pandangan dari ahli keluarha sekiranya berlaku masalah keluarga. Prinsip dan pegangan diri ini akan menunjukkan bahawa anda adalah suami yang hebat di mata isteri. Pandangan ahli keluarga hanyalah pembimbing sahaja dan keputusan kepada permasalahan yang dihadapi itu adalah tanggungjawab anda.

Tips 7 – Menjaga Anak-anak Bersama Isteri

Situasi ini sebenarnya banyak berlaku di dalam kehidupan seharian kita. Isteri ditatang sebagai minyak yang penuh ketika dia sedang sarat mengandung tetapi setelah selamat melahirkan anak suami pula menyerahkan penjagaan anak kepada isteri sepenuhnya. Lebih-lebih lagi jika anak yang dilahirkan bukan anak sulong. Sudahlah isteri mengalami kepenatan dalam menguruskan rumahtangga seharian bertambah pula selepas melahirkan anak. Jadi sebaik-baiknya sebagai suami anda juga haruslah sama-sama merasai pengorbanan isteri. Bersamalah bangun malam ketika anak menangis kelaparan atau meminta susu. InsyaAllah, jika anda membantunya pasti si isteri akan lebih menghargai kerjasama yang anda berikan.

Tips 8 – Jadilah Suami Yang Serba Boleh dan Serba Tahu

Suami yang serba boleh dalam erti kata lain mempunyai pengetahuan yang serba-serbi. Isteri anda pasti amat kagum dan teruja apabila suaminya mempunyai pengetahuan yang cukup luas dalam pelbagai bidang. Baik dari selok-belok rumahtangga, ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya. Suami yang sebegini bukan sekadar disayangi isteri bahkan juga akan lebih disayangi mertuanya.

tips jadi suami hebat

P/S : Ramai Suami Tewas Di Ranjang. Kembalikan asmara Malam Pertama anda!! Mulakan langkah pertama anda di sini. KLIK SINI

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply