Tantrum

tantrum
tantrum

tantrum

Apa itu Tantrum ?

Tantrum bermaksud kemarahan yang datang secara tiba-tiba manakala Temper Tantrum ialah satu luapan emosi kemarahan yang meledak-ledak sehingga tiada atau sukar mengawal diri sendiri. Temper Tantrum biasanya sering berlaku ke atas anak yang berusia 15 bulan hingga 6 tahun.

Kebanyakan kes Tantrum berlaku pada anak yang hyper-aktif. ia juga mudah terjadi pada diri anak-anak yang dianggap sukar dikawal dan punyai ciri-ciri seperti dibawah :

1. Sukar dialihkan perhatiannya.

2. Mudah marah dan menangis.

3. Lambat atau sukar menerima perubahan sekeliling.

4. Kanak-kanak tidak cukup tidur.

5. Makan dan pembuangan najis tidak teratur.

6. Kekok dengan situasi baru atau orang yang dia tidak kenali.

7. Emosi tidak tenteram.

Antara faktor utama terjadinya Tantrum ialah :

1. Trauma Atau Fobia

Sering bermimpi benda yang tidak elok, merasa sakit apabila dipukul kerana melakukan kesalahan dan merajuk sehingga terbawa-bawa ke dalam tidur. Didera atau pernah menyaksikan kejadian ngeri atau diperkosa sejak kecil.

2. Stress

Anak juga akan merasa tertekan atau stress kerana banyak kerja sekolah yang harus disiapkan dan lain-lain faktor yang menyebabkan dirinya merasa tidak tenteram.

3. Sakit Dan Lapar

Dua situasi ini antara faktor menyumbang ke arah Tantrum dan sentiasa memastikan anak sentiasa makan pada waktunya dan cepat-cepat bawa ke klinik sekiranya anak tidak sihat.

4. Terlalu Dimanjakan

Ibu bapa terlalu memanjakan anak sehingga semua keinginan anak dipenuhi walaupun anak meminta sesuatu yang tidak sihat seperti jajan yang boleh memudaratkan jika makan terlalu kerap. Tidak pernah menghalang atau menunaikan permintaan anak dengan teguran yang baik dan secara psikologi.

5. Pergerakan Terbatas

Biasanya kanak-kanak hyper-aktif memerlukan ruang yang sangat luas untuk mereka bermain. Ruang yang terhad yang menyebabkan pergerakan mereka terbatas untuk bermain akan menyebabkan Tantrum.

tantrum

tantrum

Cara-cara mengatasi Tantrum adalah dengan :

1. Pegang anak dengan lembut dan pastikan anak berbaring di atas riba kerana kebiasaannya anak yang sedang Tantrum akan meronta-ronta dan tidak akan duduk diam.

2. Azankan di telinga anak perlahan lahan atau baca ayat Al Quran supaya syaitan tidak menjadi punca Tantrum anak semakin bertambah buruk.

3. Bisikan kata-kata pujukan yang kita sayangkan mereka, dan puji anak seperti “abang seorang yang baik dengar cakap umi” atau “abang sudah besar tak baik menangis..”

4. Tenangkan anak dengan penuh kasih sayang belai rambut dan ubun-ubunnya sehingga dia tenang semula. Jangan sesekali tinggalkan anak seorang diri selagi Tantrumnya belum reda.

5. Jangan sesekali memarahi  atau menjerit dan memukul anak untuk mendisiplinkannya. Ini akan memburukkan lagi keadaan dan emosinya dan akan menjadikan anak seorang yang suka memberontak dan penakut apabila mereka besar nanti.

Sebagai ibu bapa mendidik anak adalah satu tanggungjawab yang telah diamanahkan. Oleh itu gunakanlah pendekatan yang terbaik di mana Islam menyarankan agar ibu bapa harus menjadi kawan kepada anak-anak dan ada peringkat umur cara kita mendidik dengan lembut dan tegas. Semoga ianya bermanfaat.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/