Tips Gula Atasi Stretch Mark

Khasiat Gula
Khasiat Gula

Khasiat Gula

Umum tahu keburukan gula kepada kesihatan jika ianya diambil dalam jumlah yang banyak dan menjadi penyebab utama kepada sakit diabetes atau kencing manis. Selain memberi tenaga jika gula diambil dalam minuman pada sarapan pagi, gula juga boleh digunakan untuk hilangkan kesan parut stretch mark yang terdapat pada anggota badan wanita akibat kegemukan.

Permasalahan stretch mark bukan hal pelik bagi wanita. Masalah stretch mark boleh terjadi kerana kegemukan atau setelah proses melahirkan anak. Stretch mark boleh timbul di perut, payudara, paha, pinggul, dan lengan. Pada umumnya stretch marks timbul pada tubuh yang memiliki timbunan lemak yang banyak. Masalah stretch mark ini akan membuatkan seseorang itu hilang keyakinan diri bila berhadapan dengan orang ramai kerana bagi mereka penampilan diri adalah perkara yang paling penting sekali bila berhadapan dengan klien atau customer.

Banyak cara untuk menghilangkan stretch mark antaranya dengan pergi ke salon kecantikan. Untuk menghilangkan stretch mark memerlukan jumlah wang yang tidak sedikit. Namun anda tidak perlu risau kerana ada cara semulajadi untuk menghilangkan stretch mark yang boleh anda lakukan dengan menggunakan gula.

Berikut adalah cara membuat ramuan menggunakan gula untuk menghilangkan stretch mark

Bahan – Bahan :

Gula
Minyak Almond
Air lemon

Cara Membuat:

1. Campur semua bahan ke dalam mangkuk. Kacau hingga rata.

2. Sapu ramuan tersebut pada bahagian tubuh yang mengalami stretch mark dan bahagian tubuh yang lain.

3. Lakukan dengan cara mengurut secara perlahan-lahan pada tempat yang mempunyai stretch mark.

4. Boleh amal setiap hari sebelum mandi.

5. Untuk mendapatkan hasil yang baik, lakukan rutin selama sebulan.

Macam mana, mudah sekali bukan? Anda boleh gunakan dan amalkan petua atau tips hilangkan stretch mark menggunakan gula sebagai bahan asas dan jangan lupa untuk kongsikan tips yang baik ini kepada kawan-kawan jika ianya berhasil dan berkesan dalam membantu anda menghilangkan masalah stretch mark yang sememangnya menjadi musuh nombor satu kepada wanita di luar sana.

Selamat mencuba kaum wanita!

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/