Petua Hidup Berumahtangga

keep-calm-and-live-happily-ever-after-6

keep-calm-and-live-happily-ever-after-6Setiap pasangan yang berkahwin semestinya inginkan sebuah kehidupan rumahtangga yang bahagia dan berkekalan. Namun tidak semua apa yang kita rancang atau mahukan akan tercapai, apa yang kita inginkan akan dapat dan sebaliknya. Begitulah juga dalam hubungan suami isteri kadang-kala pasti akan berlaku sedikit masalah atau perbalahan. Maka dengan itu, sikap toleransi dan persefahaman memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan kerukunan rumahtangga dapat dipelihara dengan baik.

Hidup tanpa masalah bukanlah dinamakan kehidupan. Masalah itu peluang. Dengan masalah lah kita banyak mempelajari sesuatu yang baru agar kita dapat memperbaiki kehidupan dan dapat berubah ke arah yang lebih baik. Antara masalah-masalah yang sering dialami oleh setiap pasangan misalnya ialah dari segi kewangan, komunikasi, cara berfikir, nilai dan sebagainya.

Di bawah ini ada beberapa tips yang boleh dikongsi dan diamalkan dalam membantu pasangan suami isteri mencapai kemanisan hidup berumahtangga.

1. Bercium Selalu

Amalkan akviti ini sewaktu masuk tidur, bangun tidur, pergi dan pulang dari berkerja. Suami cubalah cium dahi isteri manakala isteri pula mencium tangan si suaminya. Lakukan aktiviti ini seperti mana waktu anda mula-mula bercinta dahulu dengan pasangan anda. Dengan ciuman inilah akan terbit rasa sayang dan diri pasangan anda sentiasa dihargai.

2. Makan Malam atau Pergi Bercuti

Sekali-sekala dalam sebulan, cubalah anda rancang makan malam bersama di mana-mana hotel atau pun pergilah bercuti di tempat-tempat peranginan yang menarik agar anda dan pasangan dapat merapatkan lagi hubungan suami isteri.

3. Cincin Perkahwinan

Bagi si isteri pula janganlah tidak atau jarang-jarang memakai cincin pertunangan atau perkahwinan hadiah pemberian dari suami. Pakailah cincin tersebut selalu pada setiap masa agar suami anda akan rasa dekat dan dihargai.

4. Perubahan Hidup

Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga pasti akan mengalami perubahan dari segi mental dan fizikal. Ketika tempoh ini mereka akan terikat dengan ibu bapa, isteri, anak-anak, masalah kewangan, kerja dan sebagainya. Mahu tidak mahu anda seharusnya menerima perubahan ini dengan hati yang positif.

5. Hormat-menghormati

Sifat hormat-menghormati seharusnya ada dalam diri setiap pasangan agar keharmonian rumahtangga yang dibina sentiasa aman dan bahagia. Jika ada perkara yang tidak disenangi bawalah berbincang secara berhemah dan janganlah pula kita menyakitkan hati pasangan.

6. Hadiah

Ingat tarikh-tarikh penting seperti hari ulangtahun perkahwinan, hari ulangtahun kelahiran pasangan anda dan sebagainya. Berikanlah hadiah atau pun paling tidak kad ucapan sebagai tanda ingatan dan sayangnya anda kepada pasangan. Melalui cara ini pasangan anda sudah tentu merasa dirinya disayangi dan diingati selalu.

7. Sentuhan Kasih Sayang

Jika anda tidak mampu meluahkan perasaan dengan perkataan, anda boleh meluahkannya dengan belaian dan sentuhan. Melalui sentuhan ini boleh menyatakan perasaan kasih dan sayangnya anda kepada pasangan.

8. Murah Dengan Senyuman

Pasangan yang bahagia ialah pasangan yang tidak lokek dalam mengukir senyuman. Berikanlah senyuman pada setiap hari dan setiap ketika agar apa jua yang melanda dalam kehidupan anda dengan mudah boleh menanganinya secara bersama walaupun dalam keadaan yang sedih.

9. Impian dan Cita-cita

Dalam mencapai kemanisan hidup bersama sudah pasti setiap pasangan mempunyai impian dan cita-cita yang masih belum tertunai. Apa salahnya anda ceritakan impian anda itu kepada pasangan agar ia dapat membantu anda merealisasikan secara bersama.

Semoga tips-tips yang dinyatakan di atas ini sekurang-kurangnya dapat membantu anda mencapai kemanisan hidup berumahtangga. Selamat Berjaya!

Jumpa lagi!!!

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/