Trauma Pecah Selaput Dara

Trauma Pecah Selaput Dara

 

Trauma Pecah Selaput Dara

Trauma Pecah Selaput Dara

Isu trauma pecah selaput dara bagi ramai pasangan yang baru sahaja berkahwin dengan pilihan hati mempunyai satu rasa gemuruh atau ketakutan pada malam pertama terutama sekali wanita kerana mentaliti dan beranggapan melakukan hubungan seks buat pertama kalinya akan mendatangkan kesakitan akibat pecah selaput dara sehingga mengeluarkan darah.

Masalah ini timbul setiap kali si suami ajak berhubungan, dan sering ditolak oleh isteri kerana beranggapan pecah selaput dara itu sesuatu yang menyakitkan. Ada suami masih boleh menerimanya tetapi ia tidak boleh berlanjutan dalam tempoh yang lama dan tidak tahu pada masa akan datang apa-apa pun boleh berlaku. Demi keharmonian rumahtangga perbincangan suami isteri harus diadakan untuk menyelesaikan trauma atau ketakutan isteri. Suami harus memainkan peranan di dalam memberikan isteri sokongan moral yang tak berbelah bagi disamping melakukan belaian dan urutan lembut pada tubuh badan isteri sebelum melakukan hubungan seks di atas ranjang.

Bagi perempuan atau wanita yang baru berkahwin mereka harus membuang anggapan bahawa pecah selaput dara itu sakit. Kebanyakan wanita hanya merasa tidak selesa semasa peristiwa pecah selaput dara itu berlaku. Perasaan tidak selesa itu pun hanya sebentar sahaja, iaitu di awal kemasukan alat kelamin atau zakar lelaki. Ini kerana selaput dara yang terkoyak itu sebenarnya tidak mempunyai deria rasa yang betul, ia adalah selaput dara yang sangat nipis dan hanya menghasilkan titisan darah yang amat sedikit semasa kali pertama melakukan hubungan seksual.

Terdapat juga wanita yang langsung tidak merasai sebarang kesakitan atau ketidakselesaan ketika kali pertama bersama. Wanita atau perempuan yang mengalami trauma kemungkinan besar tergolong dalam golongan ini. Ambillah sikap positif, dan jangan beranggapan negatif sebelum mencuba. Namun begitu, memang terdapat segelintir wanita yang mengalami kesakitan semasa pecah selaput dara.

Mereka ini sama ada mengalami sejenis keadaan yang dipanggil ‘vaginismus’, ataupun sekiranya hubungan seksual tersebut berlaku secara paksa (seperti kes rogol dan sebagainya). Bagi mereka yang mempunyai masalah ‘vaginismus’, eloklah berjumpa dengan Pakar Sakit Puan untuk berbincang dengan lebih lanjut, cara-cara untuk mengatasi masalah tersebut.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/