WarongBlakang

warongblakang
warongblakang

warongblakang

Warongblakang adalah salah satu gerai makan yang terletak di Taman Molek, Johor Bahru. Gerai makan yang berkonsepkan ‘open air’ ini telah diusahakan oleh seorang anak muda yang lebih selesa dipanggil dengan gelaran ‘Wak’ dan sangat peramah melayani pelanggan tidak mengira peringkat umur dan bangsa.

Warongblakang ini diilhamkan oleh Wak kerana memandangkan kos sara hidup yang semakin meningkat dan perbelanjaan makan semakin mahal Wak mengambil inisiatif untuk membuka gerai makan yang mampu bayar oleh golongan marhaen yang ingin bersarapan dan makan tengah hari. Lokasi warongblakang terletak di belakang bangunan dan di celah-celah lorong adalah tempat makan yang sesuai untuk disinggah. Ini kerana suasana tempat ini amat santai, makanan yang sedap dan harga yang sangat-sangat berpatutan dikenakan oleh pemiliknya.

Lokasi Warongblakang

lokasi warongblakang

lokasi warongblakang

Antara menu yang terdapat di warongblakang ialah :

1. Lempeng (Sarapan Pagi) 

lempeng

lempeng

Bagi admin, pertama kali menjejakkan diri ke warongblakang menu lempeng adalah menjadi pilihan. Lempeng yang baru dimasak di atas kuali leper yang panas dimakan dengan kuah kari daging dan sambal tumis home made yang sedap sungguh menepati citarasa admin. Oleh kerana lempengnya yang sangat sedap, admin order satu set lagi untuk ditapau sebagai bekalan untuk makan di rumah.. Hehe

2. Nasi Ambeng (Sarapan Pagi)

nasi ambeng

nasi ambeng

Menu nasi ambeng adalah masakan jawa yang sering sold out. Ini kerana nasi ambeng warongblakang sangat unik menggunakan lauk ayam masak kicap yang sukar didapati di mana-mana kedai yang menjual nasi ambeng kerana kebiasaan lauk yang digunakan adalah ayam masak merah dan ayam masak rendang. Cubalah anda pasti tak kan rugi.. Silap-silap anda akan tambah lagi sebungkus..

3. Nasi Ayam Hainan (Makan Tengah Hari Untuk Hari Jumaat Sahaja)

nasi ayam Hainan

nasi ayam Hainan

Menu tengah hari di warongblakang ini sangat istimewa kerana resipinya sungguh berlainan dari nasi ayam biasa. Bagi admin nasi ayam Hainan ini dibuat dengan air tangan seorang yang memahami apa itu kehendak selera pembeli. Semuanya cukup dan tiada yang kurang.

4. Mee Kari (Sarapan Pagi)

Mee kari

Mee kari

Mee kari mentari merah di ufuk timur ini adalan nama yang diberi oleh Wak bersempena lagu kumpulan Search. Wak amat meminati kumpulan Search sampai menu pun dia bagi nama lagu kumpulan tersebut. Mee kari yang disajikan bukan saja gah dari segi nama tapi dari segi rasanya juga.

Disamping menjadi tempat persinggahan untuk bersarapan dan makan tengah hari, ia juga menjadi tempat anak-anak muda berkumpul berkongsi pendapat, menghilangkan stress kerja untuk sementara waktu dan terdapat permainan dam haji disediakan oleh pemilik warongblakang Wak untuk anak-anak muda mengisi masa yang terluang.

Permainan Dam Haji

peremainan dam haji

permainan dam haji

Suasana Santai

santai

santai

Potret Arwah Pak Yus Dan Pak Jabit Diabadikan

potret

potret

Sebenarnya banyak lagi menu yang menarik yang ada di warongblakang. Cuma admin sempat kongsikan 4 sahaja menu yang menarik untuk dicuba. Datanglah ke warongblakang dan merasai sendiri menu-menu yang istimewa dan alami suasana santai yang jauh dari kesibukan jalan raya. Selamat maju jaya admin ucapkan kepada Wak moga satu hari nanti warongblakang akan duduk gah setanding dengan nama-nama cafe francais yang lain. #Leklusapkoktangludok!

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/