Yakjuj Dan Makjuj

yakjuj & makjuj
yakjuj dan makjuj

yakjuj dan makjuj

Apa itu Yakjuj dan Makjuj ?…2 perkataan yang sangat menggerunkan biarpun seseorang itu tidak memahami pengertian sebenar tentang perkataan “Yakjuj” dan “Makjuj” seseorang itu masih akan menggambarkan ianya sebagai satu entiti yang amat menakutkan. Penganut agama ahli kitab lain menggelar Yakjuj dan Makjuj ini sebagai Gog & Magog dimana mereka percaya bahawa ini adalah satu malapetaka yang akan menimpa manusia sebelum hari kiamat.

Yakjuj dan Makjuj akan membawa kemusnahan dan kerosakan bumi dan akan muncul semula di permukaan bumi. Pada zaman Iskandar Zulkarnain, tenteranya tidak dapat menandingi Yakjuj dan Makjuj ini dan apa yang boleh dilakukan oleh Iskandar Zulkarnain pada waktu itu hanyalah dengan membina satu tembok besar  untuk menyekat kemaraan Yakjuj dan Makjuj dalam melakukan lebih banyak kerosakan di bumi. Mengurung Yakjuj dan Makjuj ini dengan menggunakan  tembok besi bersadur tembaga adalah langkah yang paling bijak dilakukan oleh Iskandar Zulkarnain. Objektif mengurung Yakjuj dan Makjuj itu bukanlah untuk terus memusnahkan kelompok ini tetapi lebih kepada menyekat pergerakan mereka. Iskandar Zulkarnain tahu kelompok ini amat mustahil untuk dihapuskan dengan kekuatan bala tenteranya, hanya Allah SWT sahaja yang berkuasa untuk memusnahkannya.

Tembok besi itu hanya dapat menampung kelompok ini buat sementara dan bukan selama-lamanya. Pada suatu masa apabila kekuatan tembok itu tidak dapat menampung kekuatan Yakjuj dan Makjuj ini yang semakin bertambah dari zaman ke zaman, maka ianya akan pecah sebagaimana yang dijanjikan Allah SWT kepada Iskandar Zulkarnain. Waktu tersebut mungkin akan berlaku tidak lama lagi dan sebagai seorang Islam yang beriman kepada Al Quran, seharusnya kita bersedia untuk menghadapinya. Kita harus sentiasa beringat bahawa Yakjuj & Makjuj ini akan muncul dikala kebanyakan manusia berada dalam kelalaian yang nyata.

Kehadiran Yakjuj dan Makjuj ini akan merosakkan banyak harta benda dan meragut banyak  nyawa manusia dalam masa yang singkat. Tiada seorang pun yang dapat melarikan diri daripada kelompok ini kerana pergerakannya sangat pantas dan akan memusnahkan apa sahaja yang berada dalam laluannya serta tiada satu pun senjata mampu menyekat kemaraan Yakjuj dan Makjuj apabila ia muncul nanti.

Apabila ia keluar dari bawah tanah, tiada seorang pun yang berupaya melarikan diri apatah lagi menyelamatkan diri daripada serangan Yakjuj dan Makjuj. Pergerakan Yakjuj dan Makjuj amatlah pantas dan sukar diramal ke mana momentum arah pergerakannya. Yakjuj dan Makjuj akan memusnahkan apa sahaja yang berada dalam laluan pergerakannya. Tiada satu pun senjata manusia mampu menahan atau menyekat kemaraan Yakjuj dan Makjuj apabila ia muncul nanti.

Jadikanlah Al Quran sebagai rujukan utama dalam mengenali Yakjuj dan Makjuj ini…dan sebagai seorang Islam seharusnya kita mengamalkan membaca Al Quran dengan diikuti maksudnya supaya kita lebih faham dan mengetahui perkara yang benar yang sepatutnya dijadikan pegangan hidup kita. Semoga perkongsian ini bermanfaat. Selamat beramal.

Sumber Rujukan~ “Yakjuj Dan Makjuj” – Zack Zulkarnain

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/